ASTRO GEMPAK ARTICLE
Kerap Dipukul Sebulan Nikah, Isteri Penggal Kepala Suami Buang Di Sungai
Seorang wanita berusia 28 tahun membunuh suaminya dengan identiti DI hanya satu bulan selepas mereka menikah.
Ironi pasangan pengantin baharu itu selalu mempamerkan kemesraan di media sosial.
Menerusi kronologi kes, jenayah yang berlaku di Banjar itu terjadi selepas keduanya bertengkar.
Wanita yang juga seorang ibu dengan pengenalan FT itu sering didera suaminya.
Malah FT mengambil tindakan membunuh dan memenggal kepala FT selepas lelaki itu membuang anaknya yang berusia dua tahun ke dalam sungai kerana kanak-kanak itu menangis sewaktu mereka bergaduh.
Kanak-kanak itu berjaya diselamatkan namun pasangan tersebut terus bertengkar di tepi sungai. DI kemudian memukul FT.
Tidak tahan dipukul, FT melawan menggunakan parang yang dibawa dan dengan bantuan abangnya yang tidak tahan melihat wanita itu dipukul DI, mereka membunuh lalu memenggal kepala tersebut sebelum membuang di sungai.
Suspek yang menyerah diri selepas melakukan jenayah memberitahu membuang kepala suaminya ke sungai kerana bimbang lelaki itu hidup lagi.
“Saya salah kerana membela anak,” berikut keterangan FT kepada pihak polis.
Must-Watch Video