Semua | All
#GSpot: Cerita Kahwin Sana Sini; Ada Yang 'Ambil Suami Orang' Sampai Kluster COVID 19
Pernikahan Neelofa dengan PU Riz yang berlangsung pada Sabtu lalu masih menjadi buah mulut ramai.
Dari perihal dekorasi dengan pelamin bertemakan Jabal Rahmah, haruman dan hiasan bunga segar sehingga permintaan Lofa untuk semua tetamu memakai serba putih, semuanya masih menjadi buah mulut dan inspirasi bagi pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga.
Tapi tahukah anda, terdapat banyak kisah perkahwinan di seluruh dunia yang juga sempat meninggalkan impak tersendiri.
Sama ada penuh kontroversi, terlalu mahal sehingga tak masuk akal, sangat sederhana mengikut kemampuan dan bermacam lagi.
Berikut #Gspot senaraikan kisah perkahwinan yang pernah menarik perhatian dunia.
Angelababy & Huang Xiaoming Habiskan RM128 Juta!
Seorang penyanyi, model dan sosialit terkenal dari China, Angelababy berkahwin dengan aktor Huang Xiaoming pada tahun 2015. Angelababy juga menerima jolokan Kim Kardashian of China.
Menurut laporan Brides, majlis perkahwinan mereka menjadi yang termahal dalam sejarah di China dengan telah menghabiskan sekitar RM128 juta.
Sosialit itu memakai gaun pengantin yang direka khas oleh jenama mewah Christian Dior dan dipercayai sebagai busana termahal yang pernah dibeli oleh pengantin.
Selain memenuhi ruang perkahwinan dengan bunga bungaan, mereka menempah kek 10 tingkat dan memberi 2,000 para tetamu bunga serta telefon bimbit untuk dibawa pulang.
Namun selepas lebih lima tahun berkahwin, rumah tangga pasangan yang memiliki seorang anak ini kini dikatakan sedang dilanda masalah dan berdepan perceraian.
2. Cinta Tiga Segi Sridevi & Boney Kapoor
Perkahwinan primadona Sridevi dengan aktor Boney Kapoor menjadi perkahwinan paling kontroversi dalam sejarah dunia hiburan Bollywood.
Hal ini kerana Sridevi merupakan pendatang baharu di Mumbai dan dia menumpang di kediaman Boney bersama isterinya, Mona Kapoor pada awal kemunculannya di dunia seni sekitar tahun 1993.
Namun dalam diam diam, Boney yang sudah 13 tahun berkahwin dengan Mona dan memiliki dua anak telah jatuh cinta kepada Sridevi.
Boney menyedari dia mula jatuh cinta dengan Sridevi sewaktu bertemu di lokasi penggambaran filem Mr India. Namun dia tidak tahu bagaimana untuk meluahkan perasaannya kepada Sridevi.
Dipendekkan cerita, Sridevi juga mempunyai perasaan terhadap Boney. Sewaktu tinggal di rumah Boney, mereka berasmara dan telah membuatkan dia hamil,
Mereka kemudian berkahwin secara rahsia dan berjaya menyembunyikan kisah itu selama enam bulan selepas Boney memutuskan menceraikan Mona demi berkahwin dengan Sridevi.
3. Gara Gara Majlis Kahwin; 7 Maut, 176 Dijangkiti COVID 19
Sejak pandemik Covid 19 melanda dunia, banyak perubahan baharu yang terjadi. Garis panduan seperti tidak boleh berkumpul atau duduk di rumah dilaksanakan di seluruh dunia.
Namun, tidak semua rakyat yang mematuhi saranan kerana tidak melihat 'rupa paras' virus tersebut sehingga membawa impak buruk.
Ini terjadi pada tahun 2020. Seramai 176 dijangkiti Covid 19 dengan tujuh maut melalui sebuah majlis perkahwinan yang berlangsung pada Ogos tahun lalu di sebuah gereja di Maine, Amerika Syarikat.
Dalam tempoh 38 hari selepas itu, 176 orang dijangkiti. Tujuh daripadanya maut dan ironi mereka bukan tetamu.
Kronologinya, majlis itu hanya membabitkan 55 tetamu. Biarpun suhu badan tetamu diambil, tiada yang direkodkan mengalami demam atau sebarang simptom berkaitan COVID-19.
Tanpa disedari, rupa-rupanya ada seorang tetamu menjadi pembawa virus berkenaan.
Pun begitu, LA Times melaporkan, hampir semua tetamu yang hadir tidak mengenakan pelitup separuh muka, malah mereka gagal melakukan penjarakan fizikal.
4. Perkahwinan Sederhana Elizabeth Tan, Suami
Tak ada angin atau hujan, tiba tiba penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan selamat berkahwin dengan kekasihnya, ahli perniagaan bernama Siew Jim, 30.
Berita perkahwinan mereka tersebar setelah bapanya, David Tan Suan Chew memuat naik sekeping foto memperlihatkan anaknya itu berdiri di hadapan paderi yang sedang membacakan ikrar perkahwinan.
Perkahwinan penyanyi berusia 27 tahun itu dipercayai berlangsung di sebuah gereja di Gombak berjalan dengan sangat sederhana dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat pada 20 Mac lalu.
Elizabeth atau nama sebenarnya Tan Su Mei menerusi kenyataan media ringkas, memohon maaf kerana berita perkahwinannya itu tersebar lebih awal.
“Saya minta maaf sebab berita pasal ini (kahwin) tular sebelum sempat keluarkan kenyataan sendiri. Saya memang merancang nak umumkan pada semua mengenai hal ini selepas sudah bersedia.
“Saya ambil keputusan untuk tidak menghebohkan isu perkahwinan ini kerana isu kecil saja. Bagaimanapun ingin saya sahkan memang benar gambar dan video yang telah tersebar.
“Saya sudah berkahwin,” katanya.
Kredit Foto: Getty Images, Medium, Jhaakaasmovie, newsweek
Must-Watch Video