,
Education | Pendidikan

#GempakSpot: Anak Perak Jadi Pensyarah Melayu Pertama Di Universiti Oxford

Gempak Spot
11/12/2019
04:27 MYT
Perkongsian pengasas laman orangperak.com, Freddie Aziz Jasbindar tentang kejayaaan Dr. Afifi sepatutnya menjadi kebanggaan kita sebagai rakyat Malaysia. Baca kisah yang ditulis oleh Freddie ini.
Kejayaan Dato’ Dr Afifi al-Akiti atau lebih dikenali dengan nama Sheikh Afifi tidak diketahui ramai berkenaan kisahnya. Beliau adalah pensyarah Pusat Islam dalam bidang pengajian Islam di Fakulti Teologi, Universiti Oxford di United Kingdom dan juga merupakan felo pensyarah di Kolej Worcester, Oxford.
Apa yang membanggakan, beliau adalah merupakan bangsa melayu pertama seumpamanya yang berjaya menjadi salah seorang tenaga pensyarah di universiti yang paling berprestij di dunia.
Dato’ Afifi telah berjaya mendapat ijazah kedoktoran falsafah (DPhil) dalam jurusan Falsafah Arab Pertengahan (Medieval) dari Universiti Oxford sebagai Cendekiawan Clarendon pada tahun 2008.
Tesisnya telah menerangkan dan secara sistematiknya dianggap sebagai suatu bentuk penulisan falsafah yang diletakkan dibawah kumpulan pertama yang digelar sebagai karpus Madnun, dipersembahkan kepada teologis Islam termasyur, Imam Al-Ghazali dan penemuannya adalah berdasarkan kepada kaji selidik yang mendalam terhadap kira-kira 50 manuskrip Arab zaman pertengahan (medieval).
Selain itu, tiga jilid kajiannya yang menyajikan edisi kritis dari hasil kerja yang paling maju dan teknik dari korpus, manual pada metafizik dan falsafah alam yang disebut Major Madnun.
Beliau yang berasal dari Batu Gajah, Perak, telah dilatih sebagai seorang ahli teologi dan ahli falsafah dalam kedua-dua bidang keutamaan khususnya berkaitan dengan Dunia Islam dan tradisi barat.
Beliau telah dididik oleh pelbagai Ulama, Dunia Islam yang mahsyur sejak beliau memulakan pengajian dari sekolah pondok lagi. Kedua-dua ibu bapa beliau juga merupakan guru.
Beliau telah menerima Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama dalam bidang Falsafah Skolastik dan Sejarah Sains dari Universiti Queen Belfast, dimana beliau berpeluang mendapat pelbagai anugerah biasiswa untuk meneruskan pengajiannya di peringkat sarjana dan doktor falsafah di Oxford. Bidang kepakaran beliau adalah dalam bidang teologi Islam, falsafah dan sains.
Pada tahun 2009, bersama dengan Professor Muhammad Abdel Haleem dan IIIT, Dato’ Afifi telah disenarai pendek sebagai salah seorang yang tersenarai dalam Anugerah Muslim UK Tahunan, atas kecemerlangannya menyumbang ilmu pendidikan Islam.
Pada tahun 2010, Dato’ Afifi dilantik sebagai Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Negeri Perak, dimana pengisytiharaan ini telah disempurnakan oleh sekarang iaitu Sultan Perak, Sultan Dr Nazrin Shah. Kejayaan beliau adalah sesuatu yang amat besar dalam pendidikan Islam dan telah menaikkan imej negara secara tidak lansung mengharumkan nama negara Malaysia dan Perak di mata dunia.
Kredit Gambar: orangperak.com
Kisah ini dikongsi oleh pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak, Freddie Aziz Jasbindar. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Perkongsian ini juga mendapat perhatian di laman sosial Twitter yang dikongsi oleh @NasirPasir dan mendapat lebih 23,000 Retweet.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke hello@gempak.com
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
rancangan

#GempakSpot: Dilahirkan Ibu Buta Yang Dianggap Pengemis, Perkongsian Wanita Ini Undang Empati & Jadi Inspirasi

gempak
12/09/2021
13:51 MYT
Perkongsian tersebut diluahkan menerusi platform media sosial
Semua | All

#GempakSpot: Dari Bermotif Dendam Hingga Delusi, Ini 3 Kisah Pembunuhan Tragis Individu Popular Dunia

gempak
29/08/2021
12:45 MYT
Jangan sesekali mengikut aksi tidak bermoral ini
Semua | All

#GempakSpot: Beraksi Di Final Olimpik Tokyo 2020, Kenali Sisi Lain Penerjun Nur Dhabitah Sabri

gempak
01/08/2021
01:50 MYT
Dhabitah terkenal sebagai seorang yang murah senyuman
Laman Utama

#GempakSpot: Cabaran Belanja Dengan RM100, Apa Yang Isi Rumah Dapat Saat Sukar Berdepan Pandemik?

gempak
12/07/2021
13:50 MYT
Nilai wang bergantung kepada keperluan seseorang
Semua | All

#GempakSpot; Tolonglah Saat Ini, Semuanya Sensitif Dari Makan Durian Sehingga Tarbiah Mengaibkan

gempak
05/07/2021
14:20 MYT
semoga Allah sayang kita semua
Unitar