,
Kesihatan | Health

#GempakSpot: "Aku Rasa Nak Sangat-Sangat Hapuskan Stigma Pasal Mental Health Ni"

Gempak Spot
05/11/2020
03:30 MYT
Perkongsian ini dikongsi oleh Areefah Tantowi yang menggunakan akaun Twitter @nurareefah mengenai pengalamannya mengalami masalah kesihatan mental, dan usahanya untuk menghapuskan stigma tentang pesakit mental.
Aku ada berkongsi dalam talk aku sebelum-sebelum ni yang aku mendapat satu ‘self-satisfaction’ jika diberi peluang untuk berkongsi apa yang aku alami sebagai pesakit mental. Sebab aku rasa nak sangat-sangat hapuskan stigma pasal mental health ni.
Serius talk, stigma pasal kesihatan mental ni sangat deep dan memberi kesan yang juga sangat deep dalam proses untuk sembuh daripada penyakit mental. Dah la kita sendiri pada mulanya susah nak terima yang kita ada sakit mental. Perlu masa lama juga untuk terima semua tu.
Bila dah dapat terima, pula dihambur dengan pelbagai kata yang tidak enak didengar.
“Kau banyak dosa ni, kena selalu istighfar dan solat taubat”
“Kena sihir ni, baik pegi jumpa ustaz”
“Alahai manja sangat la kau ni. Orang kat Syria tu lagi susah!”
“Depression konon. Nak attention je sebenarnya tu”
“Kau kena reda dan ikhlas menerima apa yang Allah tetapkan”
“Kenapa jumpa psikiatris? Gila ke?”
“Berhenti la makan ubat sakit mental. Nanti ketagih”
Dan banyak lagi kata nista yang tak enak dibaca oleh telinga.
Nak tak nak, memang salah satu cara adalah berkongsi apa yang kita rasa. Walaupun dah banyak kali buat perkongsian, tapi sampai sekarang masih tak rasa konfiden dan rasa tak layak. Tapi aku cuba lawan perasaan itu dan cuba buat yang terbaik.
Kadang terfikir jugak, ada ke orang nak tengok/baca. Tapi kalau 2 orang tengok, dan salah sorang daripadanya diberikan ilham dan kefahaman untuk turut sama membasmi stigma, aku sangat bersyukur dah. Sebab afterall, Allah yang pegang hati mereka, kan?
Aku tahu pasti akan ada orang yang tak suka atau tak selesa dengan cara aku. Tapi, bukan tugas kita untuk puaskan hati semua pihak, kan? At least kita cuba buat yang ihsan (terbaik) dan itqan (bersungguh-sungguh), dan dengan harapan ada yang akan beroleh manfaat, inshaAllah.
InshaAllah rakaman tadi akan ditayang tak lama lagi. Doakan aku boleh istiqamah untuk menerima jemputan untuk membuat perkongsian. Kita taktau, dalam diam mungkin ada yang terinspirasi dengan kita, kan?
Kredit Gambar: Twitter @nurareefah
Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter Areefah Tantowi menggunakan akaun Twitter @nurareefah. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke GempakSpot
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Langkah Menuju Pemulihan: Mengatasi Stigma dan Mencari Bantuan Kesihatan Mental

gempak
16/10/2024
15:55 MYT
Kesihatan mental adalah aspek penting dalam kesejahteraan, namun stigma sering menghalang individu daripada mendapatkan bantuan.
Hiburan

Astro Originals, Project: Exit Kupas Isu Kesihatan Mental & Konflik Keluarga Menerusi Kisah Persahabatan Penuh Emosi

gempak
16/10/2024
02:35 MYT
Selepas mencipta fenomena pada tahun lalu, Astro kini kembali melangkaui sempadan penceritaan industri hiburan tempatan dengan mempersembahkan kisah yang berani menerusi siri premium Astro Originals terbaharu iaitu Project: Exit.
Hiburan

Lancar Lagu ‘Untukmu Aku Bertahan’ Versi Orkestra, Afgan Dedikasikan Sempena Hari Kesihatan Mental - “Jangan Pernah Menyerah Dengan Diri Sendiri”

gempak
12/10/2024
09:55 MYT
Menurut pemilik nama Afganshah Reza,35, mungkin sebelum ini ramai yang menganggap bahawa naskah itu sesuai ditujukan kepada orang yang kita cintai.
Laman Utama

“Komen Itu Ganggu Mental” - Emosi Niezam Zaidi Terganggu, Mahu Lupakan Detik Hitam & Cari Ketenangan

gempak
11/08/2022
02:45 MYT
Dasyatnya komen netizen, kadang takut tengok.
Laman Utama

Lakonan Nora Danish Mantap! Filem Kan Cheong Angkat Kisah Kesihatan Mental

gempak
10/08/2022
01:17 MYT
Power betul Nora berlakon.
BorakSeeni