,
Artis Korea

Tamat Kontrak, Sandara Pilih Tinggalkan YG Entertainment Selepas 17 Tahun

Mya Amri
17/05/2021
15:14 MYT
Agensi pengurusan terkemuka, YG Entertainment megesahkan kontrak penyanyi dan bekas anggota kumpulan 2NE1, Sandara Park telah tamat.
Berit aitu dimaklumkankan YG Entertainment menerusi satu kenyataan kepada media baru-baru ini.
“Kami ingin memaklumkan kontrak eksklusif Sandara Park bersama YG Entertainment telah pun tamat.
“Dengan ikhlas hati kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Sandara yang telah bersama-sama dengan kami dan memberikan kepercayaan kepada YG.
“Kami akan sentiasa memberikan sokongan dan membantu Dara membuat persiapan untuk permulaan barunya.
“Dara telah bersama YG sejak tahun 2004 dan selepas membuat kemunculan pertama bersama 2NE1 pada tahun 2009, Dara telah menunjukkan prestasi yang mengagumkan.
“Bukan hanya dalam karier muzik tetapi juga pelbagai bidang seperti lakonan, fesyen, kecantikan, dan juga pengacaraan.
“Kami harap peminat dapat sokongan kepada Dara agar tenaga positifnya dapat bersinar lebih jauh lagi.
Kami sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada peminat yang telah bersama dengan Sandara Park sebagai artis YG hinggalah sekarang,” jelas kenyataan berkenaan.
Sumber: Soompi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

2NE1 Akan Singgah Manila Dan Jakarta Untuk Konsert, Malaysia Pula Bila?

gempak
06/09/2024
12:25 MYT
Kumpulan yang terkenal dengan lagu I Am The Best itu telah mengumumkan dua lokasi pertama bagi jelajah mereka pada Jumaat.
Hiburan

Gara-Gara Naik Skuter Elektrik Ketika Mabuk, BTS Suga Dapat ‘Masalah’

gempak
25/08/2024
17:00 MYT
Bukan memandu kenderaan sebaliknya hanya menaiki skuter elektrik dan terjatuh kerana mabuk, BTS Suga kini berdepan tindakan tidak bertanggungjawab itu.
Hiburan

Kim Sung Kyu Tak Lupa Malaysia! Siap Adakan Konsert Dua Malam, Ini Harga Tiket & Tawaran Eksklusif Yang Diberikan

gempak
27/07/2024
03:58 MYT
Sejak berita mengenai ketua kumpulan K-pop Infinite, Kim Sung Kyu akan berkunjung ke Malaysia pada Ogos depan, ternyata peminat sudah mula meluahkan rasa gembira.
Hiburan

2NE1 Bakal Comeback, YG Entertainment Kongsi Perancangan Konsert Jelajah Dunia Sepanjang 2024 & 2025

gempak
22/07/2024
14:55 MYT
Selepas lapan tahun ‘dibubarkan’, kumpulan K-Pop 2NE1 diumum telah ‘kembali’ ke pangkuan agensi YG Entertainment dengan perkhabaran comeback, selain konsert jelajah dunia yang dijangka bermula Oktober ini.
Hiburan

Oppa Handsome Lee Joon Gi Nak Datang Malaysia 22 September Depan! Ini Harga Tiket Serta Tawaran Eksklusif Yang Diberikan

gempak
21/07/2024
05:50 MYT
Pelakon popular Korea Lee Joon Gi bakal mengadakan pertemuan pertamanya bersama peminat di Malaysia pada September depan.