,
Artis Korea

Setelah Cubaan Pertama Gagal, Taecyeon Komen Comeback 2PM Tahun Ini

Mya Amri
27/02/2021
13:50 MYT
Anggota kumpulan K-Pop terkenal 2PM, Taecyeon tidak pasti sama ada hasrat untuk membuat kemunculan semula dapat ditunaikan tahun ini.
Menurut Taecyeon, 2PM dalam proses membuat persediaan namun disebabkan berlakunya pertindihan jadual, mereka terpaksa menyusunnya terlebih dahulu.
“Kami berlatih, tetapi tidak pasti sama ada ia akan berlaku tahun ini. Kami memang merancang sesuatu namun disebabkan berlaku banyak pertindihan jadual jadi saya rasa lebih penting untuk kami menyusunnya terlebih dahulu,” ujarnya.
Taecyeon berkongsi perkara itu menerusi temu bual bersama Single Magazine baru-baru ini.
Tambah Taecyeon lagi, persediaan pemilihan lagu untuk kemunculan semula 2PM juga bukanlah satu perkara mudah kerana mereka mahu memberikan hasil yang terbaik.
“Disebabkan kesemua ahli menulis muzik jadi setiap anggota mempunyai pandangan dan pemikiran yang berbeza.
“Tidak mudah untuk kami memutuskan jenis muzik yang bagaimana harus menjadi judul lagu atau arah mana yang harus kami tujui.
“Segalanya akan berjalan dengan lancar selepas lagu diputuskan namun kami masih belum berkesempatan untuk membuat keputusan mengenai perkara itu.
“Baru-baru ini, percubaan yang pertama juga telah gagal. Membuat kemunculan semula adalah sesuatu yang sangat dinantikan oleh kami tetapi saya rasa kita memerlukan lebih banyak masa,” jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Taecyeon muncul dengan drama baharu berjudul Vincenzo.
Selain Taecyeon, Vincenzo juga turut dibintangi oleh Song Joong Ki.
BACA: Bakal Buat Kemunculan Semula, 2PM Hanya Tunggu Kepulangan Junho!
Sebelum ini, 2PM memaklumkan berita gembira mengenai kemunculan semula mereka menerusi akaun Twitter rasmi sekitar Januari lalu.
Mereka memberitahu akan kembali aktif selepas kepulangan anggota kumpulan terakhir mereka iaitu Junho yang masih menjalani latihan khidmat ketenteraan.
2PM yang dianggotai oleh Nickhun, Taecyeon, Wooyoung, Junho, Chansung dan Jun. K ini ditubuhkan pada 4 September 2008. Antara lagu-lagu popular adalah Again & Again, Heartbeat, I'll Be Back dan Hands Up.
Untuk pengetahuan, 2PM berehat sebentar dari industri sejak tahun 2016 berikutan komitmen masing-masing terhadap latihan khidmat ketenteraan.
Kini hampir kesemua anggota 2PM telah bersama dan mereka hanya menunggu kepulangan Junho yang dijadualkan tamat latihan ketenteraannya pada 20 Mac depan.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU.
Sumber: Soompi / Koreaboo
Foto: Single Magazine
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Gara-Gara Naik Skuter Elektrik Ketika Mabuk, BTS Suga Dapat ‘Masalah’

gempak
25/08/2024
17:00 MYT
Bukan memandu kenderaan sebaliknya hanya menaiki skuter elektrik dan terjatuh kerana mabuk, BTS Suga kini berdepan tindakan tidak bertanggungjawab itu.
Hiburan

Lama Tak Muncul TV & Tak Rancang Buat ‘Comeback’, Nia Ramadhani Teringin Nak Datang Malaysia

gempak
02/08/2024
00:55 MYT
Pelakon sinetron Bawang Merah Bawang Putih, Nia Ramadhani memaklumkan bahawa tidak mempunyai perancangan untuk kembali berlakon kerana sibuk menguruskan keluarga.
Hiburan

Kim Sung Kyu Tak Lupa Malaysia! Siap Adakan Konsert Dua Malam, Ini Harga Tiket & Tawaran Eksklusif Yang Diberikan

gempak
27/07/2024
03:58 MYT
Sejak berita mengenai ketua kumpulan K-pop Infinite, Kim Sung Kyu akan berkunjung ke Malaysia pada Ogos depan, ternyata peminat sudah mula meluahkan rasa gembira.
Hiburan

Oppa Handsome Lee Joon Gi Nak Datang Malaysia 22 September Depan! Ini Harga Tiket Serta Tawaran Eksklusif Yang Diberikan

gempak
21/07/2024
05:50 MYT
Pelakon popular Korea Lee Joon Gi bakal mengadakan pertemuan pertamanya bersama peminat di Malaysia pada September depan.
Hiburan

Peminat Mahu Wonder Girls Kembali Bersatu, Buat ‘Comeback’ - “Rindu… Semua Pandai Tulis Lagu”

gempak
17/07/2024
12:55 MYT
Namun tidak semua kumpulan mampu bertahan atau mengekalkan populariti seperti kumpulan ikonik, Wonder Girls.