HIBURAN
Dikecam Kerana Selekeh, Zarina Anjoulie Mohon Maaf - “Jujur Cakap Saya Tak Mampu Beli Baju Mahal, Duduk Di Perkampungan”
Pelakon, Zarina Anjoulie tampil memberikan respon terhadap satu komen warganet yang mempersoalkan tentang penampilannya yang dikatakan ‘selekeh’ ketika ditemui di tempat awam.
Dilabel selekeh
Zarina atau lebih mesra dipanggil Anju menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya berkongsi tangkap layar komen individu yang mendakwa pernah terserempak dengannya di sebuah kedai makan.
“Pernah terserempak dekat kedai makan. Selekeh dengan track bottom dan selipar. Serious. She look, so selekeh dan tak lawa,” tulis individu berkenaan.
Tidak cepat melatah, Anju kemudiannya membalas komen itu dan menjelaskan penampilannya yang ringkas adalah berdasarkan kemampuan serta keselesaannya sendiri.
“Komen paling kelakar, sah sah korang tahu Anju kan miskin dan memang saya pakai ikut kemampuan lah, maaf saya tak kaya seperti artis artis kegemaran korang,” tulisnya.
ARTIKEL BERKAITAN:“Betul, Sendu Dah… Sebab Tu Buat Video Dengan Daddy Ash” – Zarina Anjoulie
ARTIKEL BERKAITAN:Tular Video Zarina Anjoulie Lepak Bersama ‘Hot Daddy’, Netizen Kecewa - “Bila Duduk Sekali, Orang Fikir Lain…”
ARTIKEL BERKAITAN:Giliran Zarina Anjoulie Pula Dedah Masalah Keluarga, Dakwa Ibu Seorang Narsisistik - “Ada Tak Mak Sendiri Cemburu Dekat Anak?”
ARTIKEL BERKAITAN:Anju Nafi Dakwaan Dedah Sisi Gelap Saixse Sebab Cinta Ditolak, Mahu Tolong Wanita Teraniaya - “Kau Hanya Bawa Myvi Cabuk, Selebet, Tak Ada Duit”
ARTIKEL BERKAITAN:Zarina Anjoulie Dedah Sisi ‘Gelap’ Saixse, Dakwa Pernah Tanam Janin Di Tanah Perkuburan - “Saya Bersuara Sebab…”
Anju mohon maaf jika kurang senang
Malah, Anju juga memohon maaf sekiranya penampilannya itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan orang ramai.
“Minta maaf, saya jujur cakap Anju memang tak mampu beli baju bag semua cantik cantik dan mahal plus saya kan duduk dalam perkampungan.
“Memang saya dress selekeh sebab selesa, tak ada lah saya nak pergi Pavi ke KLCC macam tu. Tapi macam yang saya cakap, itu sahaja. Saya minta maaf ya semua jijik dengan penampilan saya,” ujarnya.
Berikut merupakan perkongsian Anju:
Must-Watch Video