,
Artis Korea

“Saya Jadi Gugup Depan Kamera” – Lama Tak Berlakon, Lee Jong Suk Muncul Dengan Big Mouth!

Mya Amri
03/08/2022
13:33 MYT
Pelakon terkenal Korea, Lee Jong Suk akui berasa gugup untuk kembali beraksi di hadapan kamera untuk drama terbaharu daripada Disney+ berjudul Big Mouth.
Bagaimanapun Jong Suk berharap peminat dapat menerima lakonan dan memberikan respon positif terhadap kemunculan semulanya.
“Saya gugup di hadapan kamera berkali-kali, bukan disebabkan rehat yang saya ambil sebaliknya kerana naskhah ini sendiri mempunyai begitu banyak aspek mencabar. Jadi saya sering bertanyakan kepada pengarah banyak soalan kepadanya mengenai projek ini.
“Setelah sekian lama, akhirnya saya kembali dengan drama bersiri. Saya hanya rasa bersalah kepada peminat yang terpaksa menunggu begitu lama,” katanya dalam sidang media Big Mouth yang berlangsung baru-baru ini.
Mengulas mengenai naskhah Big Mouth, Jong Suk berkata dia mempunyai alasan tersendiri untuk menerima karya tersebut.
“Saya memilih naskhah ini kerana ingin kembali bekerja bersama pengarah. Saya sangat menghormatinya sebagai pengarah dan dia juga bagaikan seorang abang serta kawan yang baik untuk saya.
“Kami bercakap tentang pelbagai perkara, berkongsi pemikiran dan membuat kesimpulan bahawa kami bersedia untuk mencuba sesuatu yang baru. Saya juga meletakkan kepercayaan kepadanya,” jelas Jong Suk.
Big Mouth dibintangi oleh Lee Jong Suk, Yoona, Kim Juhun, Ok Jayeon, Yang Kyung Won dan Kwak Dong Yeon
Selain Big Mouth, Disney+ juga muncul dengan drama Korea terbaharu berjudul Adamas lakonan Ji Sung.
Jangan lupa saksikan Big Mouth dan Adamas di Disney+ sekarang.
Big Mouth merupakan kemunculan semula Jong Suk selepas tiga tahun berehat dan menamatkan latihan khidmat ketenteraanya.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Gara-Gara Naik Skuter Elektrik Ketika Mabuk, BTS Suga Dapat ‘Masalah’

gempak
25/08/2024
17:00 MYT
Bukan memandu kenderaan sebaliknya hanya menaiki skuter elektrik dan terjatuh kerana mabuk, BTS Suga kini berdepan tindakan tidak bertanggungjawab itu.
Hiburan

Kim Sung Kyu Tak Lupa Malaysia! Siap Adakan Konsert Dua Malam, Ini Harga Tiket & Tawaran Eksklusif Yang Diberikan

gempak
27/07/2024
03:58 MYT
Sejak berita mengenai ketua kumpulan K-pop Infinite, Kim Sung Kyu akan berkunjung ke Malaysia pada Ogos depan, ternyata peminat sudah mula meluahkan rasa gembira.
Hiburan

Oppa Handsome Lee Joon Gi Nak Datang Malaysia 22 September Depan! Ini Harga Tiket Serta Tawaran Eksklusif Yang Diberikan

gempak
21/07/2024
05:50 MYT
Pelakon popular Korea Lee Joon Gi bakal mengadakan pertemuan pertamanya bersama peminat di Malaysia pada September depan.
Viral

Gara-Gara Tonton K-Drama, 30 Remaja Korea Utara Dihukum Mati, Penjara

gempak
08/07/2024
04:55 MYT
Pemerintah Korea Utara menjatuhi hukuman mati atau penjara seumur hidup terhadap 30 remaja negara itu kerana menonton drama Korea Selatan (K-Drama).
Hiburan

Lee Hyori Serik Buat Prosedur Kecantikan: “Botox Buat Saya Tidak Boleh Senyum”

gempak
05/07/2024
14:55 MYT
Bukan satu hal yang asing buat para selebriti Korea Selatan melakukan pembedahan plastik. Malah ramai dalam kalangan mereka yang mengaku pernah mencuba sekurang-kurangnya melakukan Botox.