Artis Korea
“Sangat Peramah & Suka Senyum” - Munaa Bella Tak Sangka Dapat Peluk Song Ji Hyo
Penyampai radio ERA.FM, Munaa Bella tidak menyangka dapat memeluk pelakon Korea pujaannya, Song Ji Hyo sewaktu dia mengendalikan majlis pelantikan aktres itu sebagai duta produk kecantikan.
Terharu dengan layanan baik yang diberikan, Munaa berkata dia terkejut apabila Ji Hyo datang memeluknya selain begitu peramah dengan peminat-peminat yang hadir.
“Saya kagum dengan keramahan Ji Hyo ketika melayan peminat-peminatnya. Dia tidak berhenti senyum dan melihat peminat di sekelilingnya.
“Malah ketika saya meminta izin untuk bersalaman, dia terus menghulurkan tangan. Lebih membuatkan saya terkesima lagi, dia sendiri datang memeluk saya.
“Selalunya kalau selebriti antarabangsa yang datang ke Malaysia pasti ada banyak syarat yang perlu dipatuhi.
“Tetapi Ji Hyo mengubah cara pandangan saya terhadap artis luar negara," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk kecantikan, Glutanex di sebuah pusat beli-belah di sini, pada Jumaat.
Tambah Munaa lagi, Ji Hyo adalah salah seorang selebriti Korea Selatan yang sangat dikagumi kerana memiliki bakat luar biasa sebagai pelakon selain dikenali sebagai anggota untuk program Running Man.
"Kalau nak tahu salah satu faktor saya nak belajar cakap bahasa Korea adalah disebabkan saya suka melihat lakonan serta pembabitannya dalam Running Man.
"Alhamdulillah ilmu bahasa Korea yang saya pelajari ini juga membantu karier saya apabila kerap diundang sebagai pengacara jika ada selebriti Korea Selatan yang datang ke Malaysia," ujarnya.
Jangan lupa dengarkan Daebak ERA bersama Munaa Bella dan Fazziq setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 8 malam hingga 12 pagi.
Daebak ERA juga boleh distrim di aplikasi SYOK, YouTube Live ERA atau di web player www.dengar.era.jer
Jangan lupa, undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Must-Watch Video