HIBURAN
Pinkan Mambo Okay Suami Tak Beri Nafkah: “Yang Penting ‘Service’ Lancar”
Bukan Pinkan Mambo kalau tidak melahirkan konten yang bersifat sensasi.
Terkini, mantan anggota kumpulan Ratu itu mengeluarkan kenyataan yang tidak kurang ‘panas’.
Menjadi tetamu YouTube Atta Halilintar, Pinkan ditanya tentang ‘bahasa cinta’ antara dirinya dengan pasangan atau suami.
Tanpa berselindung, penyanyi berusia 44 tahun itu mengaku tidak pernah bermasalah berkahwin dengan lelaki yang tidak mempunyai harta atau kaya.
Dia juga tidak ada masalah jika suami tidak memberi nafkah kepadanya. Namun ada satu hal yang menjadi keutamaan Pinkan dalam hubungan rumah tangga.
“Saya tidak diberi nafkah pun tak apa. Suami tidak bergelimang harta juga tak apa.
“Tapi servis (hubungan seks) kena lancar. Ya saya lebih kepada nafkah batin, kena beri service,” katanya seperti dilaporkan Viva.co.id.
Pinkan pernah dua kali berumah tangga dan memiliki lima orang anak hasil pernikahan yang kedua-duanya tidak berpanjangan itu.
Must-Watch Video