,
Artis Korea

Rumah Bergerak, Senior Yang Best Antara Sebab Yeo Jin Goo Pilih House On Wheels

Mya Amri
23/07/2020
11:28 MYT
Hos dan pelakon Korea, Yeo Jin Goo akui pengalaman menjadi sebahagian daripada program Korea terbaharu House On Wheels sangat menyeronokkan.
Menurut Jin Goo, antara sebab utama menerima tawaran program berkenaan adalah kerana dua pelakon hebat Sung Dong Il dan Kim Hee Won. “Untuk Sung Dong Il, saya pernah berlakon bersamanya sewaktu usia saya masih muda jadi saya amat menyenangi karakternya.
“Manakala untuk Kim Hee Won, pada pandangan saya dia merupakan seorang pelakon yang sangat hebat dan saya sangat mengagumi lakonannya.
“Tidak kira sama ada drama atau filem, saya pasti terpegun dengan kredibiliti lakonannya. Sebab itu saya selalu mengimpikan untuk terlibat dalam satu produksi bersamanya.
“Dengan adanya program ini, untuk saya ini adalah peluang terbaik untuk mengenali mereka berdua dengan lebih baik,” katanya. Jin Goo berkata demikian sewaktu sesi temu bual bersama Gempak menerusi video atas talian baru-baru ini.
Berkongsi mengenai pengalamannya, Jin Goo berkata dia bertuah kerana dipilih untuk menjadi hos bagi program berkenaan.
“Saya sangat gembira dan seronok dapat bekerjasama dengan dua senior yang sangat dikagumi. Saya juga tidak dapat membayangkan bagaimana kehidupan dalam House On Wheels memandangkan konsepnya adalah ‘rumah bergerak’.
“Jadi berkesematan untuk melibatkan diri dalam program ini dan merasai sendiri pengalaman dari lokasi lain ke lokasi lain menerusi rumah bergerak, memang tidak akan saya lupakan.
“Pelbagai pengalaman baru dan menyeronokkan yang saya dapat sepanjang program ini berlangsung. Kehadiran tetamu jemputan juga memeriahkan lagi House On Wheels,” ujarnya.
Jangan lupa saksikan House On Wheels setiap Selasa, jam 11 malam di tvN (saluran 395) dan Astro Go.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Gara-Gara Naik Skuter Elektrik Ketika Mabuk, BTS Suga Dapat ‘Masalah’

gempak
25/08/2024
17:00 MYT
Bukan memandu kenderaan sebaliknya hanya menaiki skuter elektrik dan terjatuh kerana mabuk, BTS Suga kini berdepan tindakan tidak bertanggungjawab itu.
Hiburan

Kim Sung Kyu Tak Lupa Malaysia! Siap Adakan Konsert Dua Malam, Ini Harga Tiket & Tawaran Eksklusif Yang Diberikan

gempak
27/07/2024
03:58 MYT
Sejak berita mengenai ketua kumpulan K-pop Infinite, Kim Sung Kyu akan berkunjung ke Malaysia pada Ogos depan, ternyata peminat sudah mula meluahkan rasa gembira.
Hiburan

Oppa Handsome Lee Joon Gi Nak Datang Malaysia 22 September Depan! Ini Harga Tiket Serta Tawaran Eksklusif Yang Diberikan

gempak
21/07/2024
05:50 MYT
Pelakon popular Korea Lee Joon Gi bakal mengadakan pertemuan pertamanya bersama peminat di Malaysia pada September depan.
Hiburan

Lee Hyori Serik Buat Prosedur Kecantikan: “Botox Buat Saya Tidak Boleh Senyum”

gempak
05/07/2024
14:55 MYT
Bukan satu hal yang asing buat para selebriti Korea Selatan melakukan pembedahan plastik. Malah ramai dalam kalangan mereka yang mengaku pernah mencuba sekurang-kurangnya melakukan Botox.
Hiburan

BTS Jin Jadi Pembawa Obor Wakili Korea Selatan Di Olimpik 2024

gempak
02/07/2024
13:23 MYT
Populariti Jin BTS bukan hanya untuk industri hiburan K Pop tetapi juga digunakan dengan baik oleh Korea Selatan apabila dilaporkan bakal menjadi pembawa obor di temasya Olimpik 2024.