,
Artis Korea

Rangkul Artist Of The Year, Hello Ini Dia Antara Kejayaan Hebat Yang Dicapai TWICE, Power Betul!

Mya Amri
01/12/2020
03:00 MYT
Kumpulan K-Pop terkenal TWICE dinobatkan sebagai penerima anugerah utama iaitu Artis Sepanjang Tahun (Artis of The Year) di Anugerah 2020 Asia Artis Award (2020AAA) baru-baru ini.
Kalau nak tahu TWICE ini merupakan antara kumpulan K-Pop terhebat di Korea Selatan.
Berkat usaha dan sokongan peminat tersayang, kejayaan demi kejayaan telah dicapai oleh TWICE sehingga mampu meletakkan nama mereka dipersada antarabangsa.
Mungkin ada netizen yang belum tahu jadi kami kongsikan ini dia antara kejayaan dan pencapaian hebat TWICE.
1. Kumpulan gadis K-Pop pertama yang menjual 100,000 tiket konsert atas talian.
Selepas baki tarikh konsert TWICELIGHTS dibatalkan kerana wabak COVID-19, TWICE memutuskan untuk mengadakan konsert atas talian untuk peminat tersayang iaitu The Beyond LIVE concert, TWICE: World in a Day.
Kalau nak tahu konsert itu juga merupakan konsert atas talian ketiga yang paling banyak ditonton sepanjang tahun ini.
2. Raih tempat pertama dalam carta single Oricon sebanyak 4 kali di Jepun
TWICE telah melakarkan sejarah apabila menjadi kumpulan K-Pop wanita pertama yang berjaya meraih kedudukan nombor satu dalam carta mingguan single Oricon sebanyak empat kali menerusi single Fanfare.
Lebih manis lagi kejayaan itu meletakkan mereka sebaris dengan Mariah Carey untuk jualan album artis perempuan luar negara yang paling banyak meraih nombor satu di Jepun. Daebak!
3.Kumpulan K-Pop wanita pertama adakan tour di Japan Dome
Pada tahun 2019, TWICE berjaya mengadakan dome tour iaitu di lokasi terbesar di Jepun selama lima hari di Osaka, Tokyo dan Nagoya!
Ini sekaligus menjadikan mereka kumpulan gadis K-Pop pertama dalam sejarah yang mengadakan lawatan di kubah Jepun. Oh tiket mereka juga semuanya habis dijual tau!
4.Debut di tangga #1 kedua-dua carta Billboard dunia.
Lagu Likey mendapat tempat #1 menerusi Billboard World Digital Song chart manakala album Twicetagram debut dengan tempat #1 menerusi Billboard World Album chart sekaligus menjadikan
TWICE mencipta sejarah apabila menjadi kumpulan K-Pop wanita pertama yang melakukan debut dengan tangga #1 di kedua-dua carta Billboard dunia.
5. Penerima Anugerah utama Lagu Sepanjang Tahun selama tiga tahun berturut-turut
TWICE merangkul anugerah berkenaan menerusi lagu Cheer Up di MAMA Music Award 2016, kemudian memenangi anugerah yang sama untuk lagu Signal pada tahun 2017 dan seterusnya pada tahun 2018 dengan lagu What is Love.
Sebenarnya banyak lagi kejayaan besar yang dielah dirangkul TWICE dan kumpulan ini akan terus mencatat sejarah demi sejarah dalam kerjaya mereka.
Berkat hasil usaha keras, personaliti yang menarik dan peramah membuatkan kumpulan ini sangat disayangi peminat.
Muzik yang rancak, segar dan lirik yang terbaik juga merupakan antara salah satu faktor mengapa TWICE popular di seluruh dunia.
Sebagai meraikan kejayaan TWICE, untuk bahagian kedua selepas ini kami akan kongsikan pula lagu-lagu hit TWICE yang bakal membuatkan korang seronok dengar berulang-kali.
Tahniah TWICE atas penerimaan Artis Sepanjang Tahun (Artis of The Year) di Anugerah 2020 Asia Artis Award (2020AAA).
Sumber: Wiki, Koreaboo,
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Gara-Gara Naik Skuter Elektrik Ketika Mabuk, BTS Suga Dapat ‘Masalah’

gempak
25/08/2024
17:00 MYT
Bukan memandu kenderaan sebaliknya hanya menaiki skuter elektrik dan terjatuh kerana mabuk, BTS Suga kini berdepan tindakan tidak bertanggungjawab itu.
Hiburan

Kim Sung Kyu Tak Lupa Malaysia! Siap Adakan Konsert Dua Malam, Ini Harga Tiket & Tawaran Eksklusif Yang Diberikan

gempak
27/07/2024
03:58 MYT
Sejak berita mengenai ketua kumpulan K-pop Infinite, Kim Sung Kyu akan berkunjung ke Malaysia pada Ogos depan, ternyata peminat sudah mula meluahkan rasa gembira.
Hiburan

Oppa Handsome Lee Joon Gi Nak Datang Malaysia 22 September Depan! Ini Harga Tiket Serta Tawaran Eksklusif Yang Diberikan

gempak
21/07/2024
05:50 MYT
Pelakon popular Korea Lee Joon Gi bakal mengadakan pertemuan pertamanya bersama peminat di Malaysia pada September depan.
Hiburan

Lee Hyori Serik Buat Prosedur Kecantikan: “Botox Buat Saya Tidak Boleh Senyum”

gempak
05/07/2024
14:55 MYT
Bukan satu hal yang asing buat para selebriti Korea Selatan melakukan pembedahan plastik. Malah ramai dalam kalangan mereka yang mengaku pernah mencuba sekurang-kurangnya melakukan Botox.
Hiburan

BTS Jin Jadi Pembawa Obor Wakili Korea Selatan Di Olimpik 2024

gempak
02/07/2024
13:23 MYT
Populariti Jin BTS bukan hanya untuk industri hiburan K Pop tetapi juga digunakan dengan baik oleh Korea Selatan apabila dilaporkan bakal menjadi pembawa obor di temasya Olimpik 2024.