,
Artis Korea

#OhDaebak: Letop Ke Tidak! Baru Episod Pertama, Jirisan Dah Catat Rating Tertinggi

Mya Amri
24/10/2021
14:30 MYT
Drama Korea terbaharu lakonan Jun Ji Hyun dan Joo Ji Hyun berjudul Jirisan ternyata tidak mengecewakan penonton!
Mengapa? Hello! Baru sahaja episod tayangan perdananya bersiaran semalam, rata-rata penonton sudah diberikan pukulan hebat dengan jalan ceritanya yang menakjubkan.
Bayangkan baru episod pertama sahaja pun dah padu! Jalan cerita pantas, penuh debaran dan juga misi menyelamat yang penuh misteri.
Kalau korang nak tahu, Jirisan juga sudah mula menjadi bualan hangat penonton selepas tayangan episod pertama berakhir. Menarik kan?
Lagi-lagi pada penghujung episod ini juga membuatkan penonton rasa tidak sabar untuk melihat bagaimana jalan cerita selanjutnya.
Malah menurut Nielsen Korea, episod pertama Jirisan telah menduduki tempat pertama dalam slot salurannya termasuk rangkaian siaran awam dan memperoleh skor rata-rata sebanyal 9.1% di seluruh negara.
Lebih menakjubkan lagi, Jirisan telah mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya mencapai peringkat tontonan kedua tertinggi dari mana-mana tayangan perdana drama dalam sejarah tvN.
Jirisan juga mencatat rekod baru untuk rating tayangan perdana tertinggi dari setiap drama hujung minggu dalam sejarah rangkaian televisyen dengan memecahkan rekod sebelumnya sebanyak 8.9% yang dipegang oleh drama Mr. Shunsine.
Saksikan Jirisan secara eksklusif setiap Sabtu dan Ahad di tvN (saluran 395) bermula jam 9:15 pm.
Untuk pilihan yang lebih flexible, Jirisan juga boleh ditonton menerusi aplikasi IQIYI.com.
Sinopsis:
Jirisan merupakan drama misteri tentang Ranjer hebat di Taman Nasional Gunung Jiri, Seo Yi Kang (Jun Ji Hyun) bersama rakannya Kang Hyun Jo (Joo Ji Hoon) yang mempunyai rahsia tidak terungkap.
Namun kedua-duanya mula mencari kebenaran selepas mengikuti insiden demi insiden termasuklah kemalangan misteri yang berlaku di gunung itu.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
#OhDaebak merupakan kolum baharu dalam Gempak Chingu yang dikeluarkan setiap Ahad. Berkonsepkan santai, #OhDaebak akan berbicara apa sahaja tentang Korea termasuklah K-Pop, K-Drama, lifestyle, makanan atau topik-topik yang sering dibualkan K-fans. Come on! It’s spazzing time guys!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gara-Gara Tonton K-Drama, 30 Remaja Korea Utara Dihukum Mati, Penjara

gempak
08/07/2024
04:55 MYT
Pemerintah Korea Utara menjatuhi hukuman mati atau penjara seumur hidup terhadap 30 remaja negara itu kerana menonton drama Korea Selatan (K-Drama).
Artis Korea

Terkenal Dengan Watak Atuk Dalam K-Drama, Byun Hee Bong Meninggal Dunia Akibat Kanser Pankreas

gempak
21/09/2023
08:27 MYT
Atuk famous K-Drama dah tiada...
Laman Utama

Aktres Jun Ji Hyun Diumum Pemilik Apartment Termahal Di Seoul 2022, Siap Beli Tunai!

gempak
10/05/2023
12:46 MYT
Jun Ji Hyun telah menjadi pemilik kediaman termahal yang pernah dijual pada tahun lalu.
Artis Korea

Babak Buli Yang Buat Rasa Ngilu Dalam The Glory Rupanya Berdasarkan Peristiwa Sebenar!

gempak
06/01/2023
15:01 MYT
Sakit hati tengok part buli tu!
Artis Korea

#OhDaebak: Tak Guna Translator, Pakai Sneakers & Makan Chili Crab, Ini Antara Momen Menarik Song Joong Ki Di Singapore!

gempak
11/12/2022
16:00 MYT
Patutlah ramai yang suka Song Joong Ki ni, sangat humble orangnya.