,
Artis Korea

#OhDaebak: Jangan Pandang Rendah Cikgu Skema Dalam Taxi Driver, Nah Ini Makan Dia!

Mya Amri
18/04/2021
14:59 MYT
Drama Korea yang semakin hangat diperkatakan ketika ini, Taxi Driver kembali dengan episod yang lebih mantap!
Mengambil kira isu semasa, episod kali ini mengetengahkan tentang isu buli yang sering berlaku dalam kalangan para pelajar.
Dalam episod sebelumnya, Kim Do Gi menyamar sebagai seorang guru untuk menunaikan hasrat seorang pelajar membalas dendam kerana sering dibuli.
Tidak seperti biasa, Do Gi kali ini memainkan watak sebagai seorang guru yang skema dan naïve menyebabkan tiga pembuli itu memandang rendah dirinya. Pada hari pertamanya sebagai guru sahaja sudah cukup membuatkan netizen geram melihat kelakuan tiga pembuli itu, dalam erti kata lain bersikap biadap tahap melampau!
Korang rasa adakah Do Gi akan membiarkan perkara itu? Tidak ya!
Episod keempat yang disiarkan sebentar tadi menyaksikan Do Gi memulakan peranannya sebelum mendedahkan identitinya.
Dengan berperwatakan seperti seorang cikgu yang skema, berkacata mata dan kelihatan ‘bodoh-bodoh’, dia mula mengenakan pembuli berkenaan.
Malah menerusi tinjauan di Twitter juga, rata-rata netizen berpuas hati dengan cara pembalasan yang dilakukan oleh Do Gi.
Untuk info, Nelson Korea mendedahkan episod permulaan Taxi Driver mencatatkan rating yang cukup kukuh dengan 8.7% dan dan 10.7% untuk dua bahagaian.
Manakala episod kedua pula merekodkan jumlah sebanyak 7.3% dan 13.5% untuk dua bahagiannya.
Jangan lupa saksikan Taxi Driver secara eksklusif setiap Sabtu dan Ahad, jam 9:45 malam di One HD (saluran 393).
Manakala untuk platform digital pula adalah menerusi On Demand dan Astro Go
Taxi Driver mengisahkan tentang teksi misteri yang menawarkan perkhidmatan balas dendam bagi mangsa yang gagal mendapatkan keadilan undang-undnag.
Kisah bermula apabila ibu kepada Kim Do Gi iaitu seorang pemuda yang mempunyai lulusan Akademi Tentera Laut Korea dibunuh ketika dia masih muda.
Kim Do Gi kemudiannya menyertai Rainbow Taxi Company sebagai pemandu teksi misteri yang menolong mangsa.
Bagaimanapun apakah motif sebenar Kim Do Gi menyertai berkhidmat untuk Rainbow Taxi? Adakah benar-benar untuk membantu mangsa atau mempunyai agenda lain?
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ #OhDaebak merupakan kolum baharu dalam Gempak Chingu yang dikeluarkan setiap Ahad. Berkonsepkan santai, #OhDaebak akan berbicara apa sahaja tentang Korea termasuklah K-Pop, K-Drama, lifestyle, makanan atau topik-topik yang sering dibualkan K-fans. Come on! It’s spazzing time guys!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gara-Gara Tonton K-Drama, 30 Remaja Korea Utara Dihukum Mati, Penjara

gempak
08/07/2024
04:55 MYT
Pemerintah Korea Utara menjatuhi hukuman mati atau penjara seumur hidup terhadap 30 remaja negara itu kerana menonton drama Korea Selatan (K-Drama).
the-hardest-singing-show

THSS: Persembahan Ayda Jebat Over The Top, Suara Aisha Retno Unik, Ini Recap Minggu Pertama THSS

gempak
13/05/2024
08:55 MYT
Program The Hardest Singing Show telah memulakan siaran sulungnya malam tadi secara langsung dari CIDB Convention Centre, Kuala Lumpur.
Drama

Ke Kodiang With Love: Recap Episod 1 & 2 - Semua Effort Gagal, Agak-Agaknya Dapat Ke Ajib Pikat Naziah?

gempak
07/05/2024
04:55 MYT
Bila buat perancangan nak pikat Naziah, ada sahaja masalah yang terpaksa dihadapi oleh Ajib. Persoalannya, adakah plan yang dirancang oleh Ajib untuk bersama Naziah akhirnya berjaya? Jadi bagi yang tak sempat menonton, berikut merupakan recap drama Ke Kodiang With Love.
Drama

Penuh Dengan Konflik & Emosi, Ini Recap Minggu Raya Drama Takdir Itu Milik Aku

gempak
16/04/2024
09:55 MYT
Penuh dengan emosi dan konflik, drama Takdir Itu Milik Aku sekali lagi membuatkan penonton tidak senang duduk melihat nasib Dian yang terpaksa menempuhi pelbagai pancaroba semenjak mendirikan rumah tangga dengan Zarif.  Jadi bagi yang tak sempat menonton, berikut merupakan recap minggu raya drama Takdir Itu Milik Aku:  Dian Kehilangan Anak Kehil
Terkini

Recap i.D Episod 7: Aidi Zabran/Tengku Remy Diburu Polis!

gempak
12/04/2024
07:00 MYT
Hanya tinggal satu episod sahaja lagi sebelum siri drama premium terbitan Astro Shaw, i.D Swipe, Steal, Love ini bakal melabuhkan tirainya.