,
Artis Korea

My Roommate Is A Gumiho, Ehem Guys! Dah Ready Ke Nak Tengok K-Drama Baru Ni?

Mya Amri
10/12/2020
12:45 MYT
Perkhidmatan penstriman video antarabangsa iQIYI International telah mengumumkan siri original Korea pertama mereka berjudul My Roommate Is A Gumiho.
Drama tersebut merupakan adaptasi webtoon paling popular di Korea berjudul Living Together.
Menariknya siri genre komedi, seram dan romantik ini ditulis oleh Baek Sun-woo dan Choi Bo-rim yang terkenal dengan naskhah drama What’s Wrong with Secretary Kim.
Selain itu, My Roommate Is A Gumiho yang diarahkan oleh pengarah drama Korea berjudul Kkondae Intern iaitu Nam Sung-woo dihasilkan bersama dengan syarikat produksi terkemuka Studio Dragon dan JTBC Studio.
Menariknya lagi, drama adaptasi ini merupakan naskhah yang paling dinantikan peminat drama Korea sejak siri webtoon itu popular pada tahun 2017. Menampilkan pelakon Jang Ki Yong dan Lee Hyeri sebagai watak utama, ternyata siri ini pasti tidak akan mengecewakan.
Ki Yong memegang watak sebagai Gumiho iaitu seekor rubah mitos berekor sembilan yang telah menghabiskan masa selama 999 tahun untuk mencapai bentuk manusia.
Namun ketika dia semakin berjaya dengan tujuannya, muncul pula seorang pelajar kolej (Hyeri) yag secara tidak sengaja telah tertelan Mutiara Gumiho.
Tanpa mutiara Gumiho, dia tidak dapat berubah menjadi manusia. Jadi dia tidak mempunyai pilihan selain menjadi rakan sebilik selama tiga bulan.
Jadi tonton My Roommate Is A Gumiho yang bakal disiarkan secara ekslusif menerusi iQIYI International pada tahun hadapan di www.iQ.com, atau melalui aplikasi mudah alih iQIYI International.
Oh! Sari kata untuk drama juga akan disediakan dalam lapan bahasa yang berbeza. Love kan? Jangan lupa tonton ya!
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Gara-Gara Naik Skuter Elektrik Ketika Mabuk, BTS Suga Dapat ‘Masalah’

gempak
25/08/2024
17:00 MYT
Bukan memandu kenderaan sebaliknya hanya menaiki skuter elektrik dan terjatuh kerana mabuk, BTS Suga kini berdepan tindakan tidak bertanggungjawab itu.
Hiburan

Kim Sung Kyu Tak Lupa Malaysia! Siap Adakan Konsert Dua Malam, Ini Harga Tiket & Tawaran Eksklusif Yang Diberikan

gempak
27/07/2024
03:58 MYT
Sejak berita mengenai ketua kumpulan K-pop Infinite, Kim Sung Kyu akan berkunjung ke Malaysia pada Ogos depan, ternyata peminat sudah mula meluahkan rasa gembira.
Hiburan

Oppa Handsome Lee Joon Gi Nak Datang Malaysia 22 September Depan! Ini Harga Tiket Serta Tawaran Eksklusif Yang Diberikan

gempak
21/07/2024
05:50 MYT
Pelakon popular Korea Lee Joon Gi bakal mengadakan pertemuan pertamanya bersama peminat di Malaysia pada September depan.
Hiburan

Lee Hyori Serik Buat Prosedur Kecantikan: “Botox Buat Saya Tidak Boleh Senyum”

gempak
05/07/2024
14:55 MYT
Bukan satu hal yang asing buat para selebriti Korea Selatan melakukan pembedahan plastik. Malah ramai dalam kalangan mereka yang mengaku pernah mencuba sekurang-kurangnya melakukan Botox.
Hiburan

BTS Jin Jadi Pembawa Obor Wakili Korea Selatan Di Olimpik 2024

gempak
02/07/2024
13:23 MYT
Populariti Jin BTS bukan hanya untuk industri hiburan K Pop tetapi juga digunakan dengan baik oleh Korea Selatan apabila dilaporkan bakal menjadi pembawa obor di temasya Olimpik 2024.