,
Artis Korea

Lee Byung Hun, Lee Jung Jae Kembali Untuk Squid Game 2

Mya Amri
11/04/2022
13:05 MYT
Pengarah siri megahit Netflix iaitu Squid Game, Hwang Dong Hyuk mengesahkan kemunculan dua watak utama untuk musim kedua.
Dong Hyuk mendedahkan perkara itu dalam satu temubual bersama sebuah program televisyen menerusi segmen Deadline Contenders Television baru-baru ini.
“Sudah tentu Gi Hun. Dia akan kembali begitu juga dengan watak Front Man,” katanya.
Watak Sung Gi Hun di mainkan oleh Lee Jung Jae manakala karakter Front Man dilakonkan oleh Lee Byung Hun.
Ini merupakan kali pertama pengarah mengesahkan kemunculan dua superstar Korea itu kepada umum untuk musim kedua.
Sebelum ini, spekulasi mengatakan pihak produksi menyasarkan penayangan Squid Game musim kedua adalah pada penghujung 2024.
Squid Game telah mencetuskan fenomena di seluruh dunia sebaik sahaja tayangan di Netflix pada September 2021.
Fenomena itu juga menyebabkan ramai yang mencuba permainan popular dalam Squid Game antaranya Dalgona di mana mereka perlu mengukur bentuk tertentu pada gula-gula keras itu tanpa memecahkannya.
Selain itu, permainan Red Light Green Light juga amat popular termasuklah bait lagunya “Mugunghwa Kkoci Pieot Seumnida.”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Bintang Squid Game, Lee Jung Jae Didakwa Terlibat Kes Penipuan, Bakal Disoal Siasat Polis

gempak
12/08/2024
06:25 MYT
Pelakon yang popular menerusi siri Netflix Squid Game, Lee Jung Jae  kini sedang dalam pemerhatian gara-gara dakwaan penglibatannya dalam satu penipuan yang serius.
Hollywood

Lee Jung Jae Bergelar Jedi Master Menerusi Star Wars: The Acolyte

gempak
16/05/2024
14:55 MYT
Pelakon Korea, Lee Jung Jae bakal beraksi menerusi siri original terbaharu Star Wars: The Acolyte yang dijadualkan menemui penonton pada 5 Jun depan.
Artis Korea

T.O.P, Jo Yu Ri Diumumkan Sertai Barisan Pelakon Squid Game 2!

gempak
29/06/2023
14:50 MYT
Tak sabarnya!
Laman Utama

Tayang Trailer, Squid Game 2 Perkenalkan 4 Bintang Baharu

gempak
20/06/2023
14:37 MYT
Platform Netflix baru merilis trailer musim kedua siri fenomena dunia, Squid Game.
Artis Korea

Dikritik Nampak Tua, Jawapan Song Hye Kyo Paling Menang! - “Eh Memang, Sebab Saya Pun Bukan Muda”

gempak
03/02/2023
15:58 MYT
Tapi bila tengok depan-depan lawa sangat Song Hye Kyo ni tau.