,
Artis Korea

“Jangan Hina Agama!” - Army Cari Sampai Lubang Cacing, Kantoi! Agama BTS Sengaja Diwujudkan Haters

Mya Amri
07/05/2020
07:19 MYT
Kecoh apabila satu kumpulan di Telegram yang mewujudkan ruangan sembang sebagai ‘Agama BTS’ menjadi tular di media sosial semalam.
Difahamkan ruangan sembang ‘Agama BTS’ diwujudkan oleh sekumpulan peminat yang begitu taksub dengan kumpulan K-Pop terkenal dunia itu.
Lebih mengejutkan lagi apabila ruangan sembang itu disertai hampir 4,000 ahli yang dikhabarkan berasal daripada Indonesia dan juga Malaysia. Perkara menimbulkan kemarahan orang ramai adalah apabila ruangan tersebut juga mempermainkan beberapa kalimah suci sehingga ada yang menyelitkan nama anggota BTS pada bacaan berkenaan.
Tidak cukup dengan itu mereka juga mewujudkan rukun BTS bagi grup Telegram itu.
Ternyata sikap melampau anggota ruangan sembang tersebut telah menimbulkan rasa kuranh sedang dan kemarahan Army (fandom) di Malaysia.
Menerusi tinjauan di Twitter, rata-rata Army telah membuat laporan mengenai ruangan sembang tersebut.
Ada juga yang menyamar sebagai ahli ruangan itu semata-mata untuk melihat motif utama mereka.
Ternyata perkara itu membuahkan hasil apabila ada diantara yang mewujudkan akaun tersebut mengakui mereka sebenarnya adalah haters kumpulan berkenaan dan mahu memburukkan peminat BTS.
Army juga kini mendesak mereka yang melakukan tindakan biadap dan perbuatan tidak bertanggungjawab ini supaya memohon maaf dan memadamkan group Telegram berkenaan.
Terdahulu, haters atau anti-fans merupakan satu kumpulan yang sanggup melakukan apa sahaja termasuklah perkara yang melampaui batas untuk memburukkan peminat dan juga artis kesayangan mereka.
Selain BTS, kumpulan K-Pop lain yang pernah menjadi mangsa adalah TVXQ, SNSD, Sulli, TWICE dan ramai lagi.
Antara kelakuan haters termasuklah menyamar sebagai peminat dan memberikan makanan beracun kepada artis (TVXQ), membeli tiket konsert secara pukal dengan tujuan supaya konsert tidak dapat dihadiri peminat kerana kehabisan tiket (BTS) dan juga melakukan ‘Black Ocean’ (konsert tanpa nyalaan light stick) yang pernah dilalui oleh TWICE. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Gara-Gara Naik Skuter Elektrik Ketika Mabuk, BTS Suga Dapat ‘Masalah’

gempak
25/08/2024
17:00 MYT
Bukan memandu kenderaan sebaliknya hanya menaiki skuter elektrik dan terjatuh kerana mabuk, BTS Suga kini berdepan tindakan tidak bertanggungjawab itu.
Hiburan

Kim Sung Kyu Tak Lupa Malaysia! Siap Adakan Konsert Dua Malam, Ini Harga Tiket & Tawaran Eksklusif Yang Diberikan

gempak
27/07/2024
03:58 MYT
Sejak berita mengenai ketua kumpulan K-pop Infinite, Kim Sung Kyu akan berkunjung ke Malaysia pada Ogos depan, ternyata peminat sudah mula meluahkan rasa gembira.
Hiburan

Oppa Handsome Lee Joon Gi Nak Datang Malaysia 22 September Depan! Ini Harga Tiket Serta Tawaran Eksklusif Yang Diberikan

gempak
21/07/2024
05:50 MYT
Pelakon popular Korea Lee Joon Gi bakal mengadakan pertemuan pertamanya bersama peminat di Malaysia pada September depan.
Hiburan

Lee Hyori Serik Buat Prosedur Kecantikan: “Botox Buat Saya Tidak Boleh Senyum”

gempak
05/07/2024
14:55 MYT
Bukan satu hal yang asing buat para selebriti Korea Selatan melakukan pembedahan plastik. Malah ramai dalam kalangan mereka yang mengaku pernah mencuba sekurang-kurangnya melakukan Botox.
Hiburan

BTS Jin Jadi Pembawa Obor Wakili Korea Selatan Di Olimpik 2024

gempak
02/07/2024
13:23 MYT
Populariti Jin BTS bukan hanya untuk industri hiburan K Pop tetapi juga digunakan dengan baik oleh Korea Selatan apabila dilaporkan bakal menjadi pembawa obor di temasya Olimpik 2024.