Artis Korea
FOTO: Power Couple! Jennie BLACKPINK Dan G-Dragon Bercinta
Anggota kumpulan K-Pop terkenal BLACKPINK, Jennie dilaporkan sedang bahagia menjalinkan hubungan cinta dengan ketua kumpulan BIGBANG, G-Dragon.
Berita tersebut didedahkan oleh Instagram portal eksklusif terkenal Korea, Dispatch sebentar tadi.
Menurut laporan tersebut, pasangan idol ini sudah bercinta lebih kurang setahun.
“BLACKPINK Jennie sedang dilamun cinta. Teman lelakinya adalah idol, GD. Mereka berdua merupakan penyanyi di bawah naungan agensi yang sama, YG Entertainment. Pasangan ini sudah menjalinkan hubungan cinta lebih kurang setahun,” maklumnya.
Posting tersebut juga disertakan dengan beberapa foto Jennie bersama GD sebagai bukti.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata peminat masih lagi terkejut dengan pengumuman tersebut.
Untuk info: Dispatch yang dikenali sebagai portal eksklusif Korea telah membina reputasi sebagai salah satu sumber untuk berita terkini dan foto paparazzi selebriti Korea.
Sejak tahun 2008, Dispatch terkenal bukan sahaja sebagai sumber berita eksklusif tetapi juga sebagai syarikat media yang pakar dalam meneliti dan mencari maklumat mengenai peristiwa kontroversi selebriti Korea.
Sebagai acara tradisi, Dispatch akan mendedahkan pasangan-pasangan selebriti popular yang bercinta setiap kali tiba tahun baharu.
Tahun lalu, Dispatch mendedahkan EXO Kai dan Jennie menjalin hubungan cinta dan berita itu kemudiannya disahkan oleh agensi Kai, SM Entertainment.
Namun selepas sebulan berita itu didedahkan, pasangan ini dilaporkan berpisah setelah empat bulan menjalinkan hubungan cinta.
Awal tahun ini, Dispatch juga telah mendedahkan hubungan cinta pelakon drama terkenal, Crash Landing On You, Hyun Bin dan Son Ye Jin.
Must-Watch Video