Artis Korea
Dah Ready Ke Guys? Selepas 15 Tahun Akhirnya Princess Hours Bakal Lakukan Versi Remake
Drama Korea yang mencetuskan fenomena pada tahun 2006, Princess Hours bakal melakukan versi remake setelah 15 tahun ditayangkan.
Menurut laporan Sports Kyunghyang, syarikat pengurusan yang menguruskan manhwa telah menandatangani kontrak remake dengan syarikat produksi drama Group8 yang telah menghasilkan drama-drama popular seperti Boys Over Flowers, Hey Ghost, Let’s Fight, dan Princess Hours pada tahun 2006.
Drama Princess Hours ini mengisahkan tentang seorang putera mahkota yang mengahwini seorang gadis biasa dari sekolah menengah.
Kemudian pelbagai kejadian berlaku kepada keluarga diraja tersebut setelah perkahwinan itu berlangsung.
Drama ini dibintangi oleh pelakon terkenal seperti Yoon Eun Hye, Ju Ji Hoon, Kim Jeong Hoon, dan Song Ji Hyo.
Bagaimanapun masih belum ada tarikh tetap mengenai bila versi remake ini akan ditayangkan atau siapakah yang bakal memainkan watak penting dalam Princess Hours.
Sumber: Soompi
Must-Watch Video