gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Elyana Kongsi Foto Tanpa Rambut, Netizen Tertanya Status Kesihatan Terkini
HIBURAN
Cef Anis Nabilah Henti Kongsi Kandungan Makanan, Tanda Solidariti Bersama Gaza - "Berjuta-Juta Rakyat Gaza Kebuluran..."
HIBURAN
“Saya Dah Cuba Pisang Tapi…” - Aina Abdul Beri Sebab Pilih Epal Merah Sebelum Menyanyi
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Naik Kuda, Pergi Gym, Jaga Penampilan – Ini Ciri-Ciri ‘Hot Daddy’ Yang Green Flag!

Gempak
Gempak
26/07/2025
16:00 MYT
Sponsor Banner
Naik Kuda, Pergi Gym, Jaga Penampilan – Ini Ciri-Ciri ‘Hot Daddy’ Yang Green Flag!
Kalau cakap pasal Hot Daddy, ramai terus terbayang ayah-ayah yang sado, bergaya dan ada aura sampai buat orang cair walaupun dah ada anak tiga.
Kalau dulu istilah ‘Hot Daddy’ sekadar merujuk pada rupa paras dan badan sado semata-mata, kini definisinya berubah 180 darjah siap ada ‘green flag’ checklist!
Antara ciri-ciri ‘Hot Daddy Green Flag’ yang kini jadi rebutan ramai termasuk:

1.⁠ ⁠Pergi gym, MMA atau larian tiap minggu

Bukan sebab nak ‘show off’, tapi sebab pentingkan kesihatan dan stamina. Ayah macam ni selalu ready nak kejar anak keliling taman atau lawan siapa-siapa yang ganggu family.

2.⁠ ⁠Aura protective & family man

Kalau berjalan dengan anak atau isteri, tangan dia sentiasa dalam posisi perlindungan. Bapa jenis ni bukan main phone waktu makan, tapi layan cerita anak-anak dari A sampai Z.

3.⁠ ⁠Hobi naik kuda & lepak cafe

Ini ‘rare’. Lelaki yang naik kuda bukan setakat nampak gagah, tapi ada nilai ‘gentleman vibes’ yang tinggi. Naik kuda petang-petang, malam keluar minum kopi sambil bincang pasal benda yang berfaedah seperti parenting, buku atau filem.

4.⁠ ⁠Jaga penampilan

Pakaian kena fit, seluar kena iron. Tapi bukan overdressed, cukup kemas, ada style. Kadang-kadang orang ingat dia abang kepada anak dia, bukan ayah.

5.⁠ ⁠Ada geng, tapi bukan geng rempit

Brotherhood kuat. Ada support system sesama bapa. Tapi borak bukan pasal skandal artis, borak pasal anak demam, tips sekolah dan kadang-kadang… pasal kuda.
Menariknya, ciri-ciri Hot Daddy Green Flag ini bukan saja hangat diperkatakan di media sosial, tapi turut diterjemahkan dalam karya seni termasuk dalam filem.
Antara filem yang membawa imej ‘ayah’ yang penuh kasih sayang dan pengorbanan ialah Abah Saya Uncle Mike, yang bakal ditayangkan di pawagam mulai 28 Ogos ini.
Filem bergenre drama ini diangkat daripada kisah benar tentang Michael Tong Wai Siong, atau lebih dikenali sebagai Uncle Mike, seorang lelaki berbangsa Cina yang membesarkan tiga anak Melayu yatim piatu sejak kecil, lengkap dengan kasih sayang, bimbingan rohani serta penghormatan terhadap agama Islam.
Dedikasi Uncle Mike dalam membesarkan mereka bukan saja menyentuh hati rakyat Malaysia, malah mendapat pengiktirafan apabila dianugerahkan Anugerah Maulidur Rasul 2024 oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Abah Saya Uncle Mike diterbitkan oleh Astro Shaw dengan kerjasama Etika Sdn. Bhd., dan dibintangi oleh Andy Teh bersama pelakon muda berbakat besar seperti Idan Aedan, Nor Merah dan Umar Shakur. Menariknya, filem ini turut menggunakan tiga bahasa, Melayu, Mandarin dan Kantonis bagi menggambarkan kepelbagaian masyarakat Malaysia.
Sinopsis: Rafei, anak sulung daripada tiga beradik yatim piatu, nekad melarikan diri dari rumah anak yatim yang kejam bersama adik-adiknya. Namun mereka akhirnya terpisah. Dalam perjuangan untuk bersatu kembali, mereka dipertemukan dengan Uncle Mike, seorang lelaki berhati emas yang mengubah perjalanan hidup mereka.
Filem ini bukan sekadar sebuah naskhah kekeluargaan, tapi membawa mesej besar bahawa keluarga bukan sekadar pertalian darah, dan kasih sayang sejati tidak mengenal bangsa atau agama.
Topic Berkaitan
#Hot Daddy
#Kuda
#Naik
#Green Flag
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement