,
Artis Korea

Buat Persembahan Di Kelab Malam, WINNER Mino Dikecam Langgar Arahan Penjarakan Sosial

Mya Amri
13/05/2020
15:10 MYT
Anggota kumpulan K-Pop WINNER, Mino menerima kritikan netizen dan didakwa tidak mempedulikan cadangan kerajaan Korea mengenai penjarakan sosial selepas mengadakan persembahan di sebuah kelab malam baru-baru ini.
Menerusi laporan portal eksklusif terkenal Korea, Dispatch, Mino didapati hadir ke hari pembukaan sebuah kelab yang terletak di Gangwon pada 3 Mei lalu. Lebih mengejutkan netizen apabila Mino telah membuat persembahan dengan mengambil mikrofon sebelum menggunakan kawasan DJ untuk mempersembahkan lagu hitnya berjudul FIANCE.
Sewaktu persembahan berlangsung, dilaporkan begtu ramai penonton telah berkumpul disekitarnya.
Kebanyakan daripada mereka memakai topeng namun tidak memakainya dengan betul. Hanya setakat paras dagu dan bukan di hidung atau mulut.
Bagaimanapun seorang pegawai dari kelab tersebut memberitahu Dispatch mereka tidak mengundang Mino untuk membuat persembahan selain mempertahankan diri dengan mengatakan bahawa kelab itu kosong.
“Mino hanya datang untuk berhibur. Kami tidak menjemputnya secara rasmi untuk membuat persembahan.
“Hampir tidak ada pelanggan di kelab ini pada ketika itu. Tiada pelanggan kerana hari tersebut merupakan hari akhir percutian.
“Sebilangan besar pelanggan kami yang ada di kelab pada hari itu adalah rakan-rakan Mino,” jelasnya. Terdahulu, 1 hingga 5 Mei dianggap sebagai masa percutian emas bagi Korea kerana dijangkakan lebih ramai orang yang akan mengambil cuti dan berjalan.
Disebabkan itu juga pihak kerajaan Korea menekankan langkah-langkah mengenai penjarakan sosial perlu dilakukan.
Kelab malam juga harus mematuhi prosedur yang ditetapkan antaranya menyediakan pembersih tangan, memeriksa demam, mencatat senarai pengunjung dan memakai topeng.
BACA: Kluster Kelab Malam Itaewon, Korea Kembali Catat 102 Kes Baharu Namun hanya beberapa pelanggan sahaja yang mematuhi garis panduan berkenaan sehingga menyebabkan timbulnya kluster baru iaitu kluster kelab malam Itaewon.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Sumber: Dispatch/Koreaboo
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Gara-Gara Naik Skuter Elektrik Ketika Mabuk, BTS Suga Dapat ‘Masalah’

gempak
25/08/2024
17:00 MYT
Bukan memandu kenderaan sebaliknya hanya menaiki skuter elektrik dan terjatuh kerana mabuk, BTS Suga kini berdepan tindakan tidak bertanggungjawab itu.
Hiburan

Kim Sung Kyu Tak Lupa Malaysia! Siap Adakan Konsert Dua Malam, Ini Harga Tiket & Tawaran Eksklusif Yang Diberikan

gempak
27/07/2024
03:58 MYT
Sejak berita mengenai ketua kumpulan K-pop Infinite, Kim Sung Kyu akan berkunjung ke Malaysia pada Ogos depan, ternyata peminat sudah mula meluahkan rasa gembira.
Hiburan

Oppa Handsome Lee Joon Gi Nak Datang Malaysia 22 September Depan! Ini Harga Tiket Serta Tawaran Eksklusif Yang Diberikan

gempak
21/07/2024
05:50 MYT
Pelakon popular Korea Lee Joon Gi bakal mengadakan pertemuan pertamanya bersama peminat di Malaysia pada September depan.
Hiburan

Lee Hyori Serik Buat Prosedur Kecantikan: “Botox Buat Saya Tidak Boleh Senyum”

gempak
05/07/2024
14:55 MYT
Bukan satu hal yang asing buat para selebriti Korea Selatan melakukan pembedahan plastik. Malah ramai dalam kalangan mereka yang mengaku pernah mencuba sekurang-kurangnya melakukan Botox.
Hiburan

BTS Jin Jadi Pembawa Obor Wakili Korea Selatan Di Olimpik 2024

gempak
02/07/2024
13:23 MYT
Populariti Jin BTS bukan hanya untuk industri hiburan K Pop tetapi juga digunakan dengan baik oleh Korea Selatan apabila dilaporkan bakal menjadi pembawa obor di temasya Olimpik 2024.