,
Artis Korea

“Apa Dah Jadi Kenapa Bengkak?” - Penampilan Baharu Park Bom 2NE1 Kejutkan Netizen, Macam Tak Percaya

Mya Amri
05/06/2020
13:30 MYT
Penampilan terbaharu penyanyi dan bekas anggota kumpulan K-Pop 2NE1, Park Bom menjadi bualan hangat netizen.
Bom yang hadir ke acara karpet merah di The 56th Grand Bell Award yang berlangsung baru-baru ini ternyata merisaukan netizen
Wajah Bom yang kelihatan sedikit berlainan dan badannya yang sedikit berisi itu ternyata mengundang pelbagai reaksi. Malah foto-foto Bom sewaktu berada di karpet merah yang dibidik oleh portal eksklusif Dispatch itu juga menjadi tular di media sosial.
Menerusi komen-komen di media sosial, rata-ratanya menyatakan rasa tidak percaya melihat perubahan drastik yang berlaku pada Bom. Malah ada juga komen-komen negatif yang mendakwa Bom telah menjalani pembedahan plastik sehingga menyebabkan wajahnya mengalami bengkak.
Terdahulu, ini merupakan penampilan pertama Bom di acara seperti ini selepas Korea sebelum ini turut menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengawal penularan wabak pandemik COVID-19. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Gara-Gara Naik Skuter Elektrik Ketika Mabuk, BTS Suga Dapat ‘Masalah’

gempak
25/08/2024
17:00 MYT
Bukan memandu kenderaan sebaliknya hanya menaiki skuter elektrik dan terjatuh kerana mabuk, BTS Suga kini berdepan tindakan tidak bertanggungjawab itu.
Hiburan

Kim Sung Kyu Tak Lupa Malaysia! Siap Adakan Konsert Dua Malam, Ini Harga Tiket & Tawaran Eksklusif Yang Diberikan

gempak
27/07/2024
03:58 MYT
Sejak berita mengenai ketua kumpulan K-pop Infinite, Kim Sung Kyu akan berkunjung ke Malaysia pada Ogos depan, ternyata peminat sudah mula meluahkan rasa gembira.
Hiburan

2NE1 Bakal Comeback, YG Entertainment Kongsi Perancangan Konsert Jelajah Dunia Sepanjang 2024 & 2025

gempak
22/07/2024
14:55 MYT
Selepas lapan tahun ‘dibubarkan’, kumpulan K-Pop 2NE1 diumum telah ‘kembali’ ke pangkuan agensi YG Entertainment dengan perkhabaran comeback, selain konsert jelajah dunia yang dijangka bermula Oktober ini.
Hiburan

Oppa Handsome Lee Joon Gi Nak Datang Malaysia 22 September Depan! Ini Harga Tiket Serta Tawaran Eksklusif Yang Diberikan

gempak
21/07/2024
05:50 MYT
Pelakon popular Korea Lee Joon Gi bakal mengadakan pertemuan pertamanya bersama peminat di Malaysia pada September depan.
Hiburan

Lee Hyori Serik Buat Prosedur Kecantikan: “Botox Buat Saya Tidak Boleh Senyum”

gempak
05/07/2024
14:55 MYT
Bukan satu hal yang asing buat para selebriti Korea Selatan melakukan pembedahan plastik. Malah ramai dalam kalangan mereka yang mengaku pernah mencuba sekurang-kurangnya melakukan Botox.