Artis Korea
“Agensi Beri Amaran, Larang Buat Ekspresi Wajah Hodoh” – Kim Seon Ho
Pelakon drama hit Korea berjudul Start Up, Kim Seon Ho mendedahkan agensinya memberi larangan untuk membuat ekspresi atau mimik wajah hodoh dan lucu yang keterlaluan.
Menurut Seon Ho, pihak agensinya memberikan peringatan supaya dia mengurangkan perbuatan itu sewaktu muncul dalam rancangan variati terkenal, 2 Days & 1 Night.
“Oh ya! Saya tak patut melakukan perkara ini. Agensi saya telah memberikan amaran. Mereka memberitahu saya supaya tidak membuat mimik wajah hodoh ketika di hadapan kamera.
“Mereka kata tidak mengapa jika saya mahu melakukan yang terbaik tetapi saya harus menjaga reaksi wajah saya,” katanya ketawa.
Seon Ho mendedahkan perkara tersebut sewaktu episod ketiga 2 Days & 1 Night musim keempat yang bersiaran di saluran KBS baru-baru ini.
Pelakon kacak itu menjelaskan perkara tersebut selepas pengarah produksi (PD), Bang Geul Yi bertanya mengenai perkara berkenaan.
Malah salah seorang hos 2 Days & 1 Night, Kim Jong Min juga turut bertanyakan mengenai hal yang sama.
“Adakah ini okay untuk imej anda?” soalnya.
Bagaimanapun, jawapan spontan Seon Ho itu disambut dengan gelak ketawa hos-hos dan juga pihak produksi 2 Days & 1 Night.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Must-Watch Video