,
Laman Utama

Lashana Lynch Bukan James Bond Wanita Pertama, Daniel Craig Masih Dikekalkan?

Asraf Aided
16/07/2019
04:33 MYT
Bintang Captain Marvel, Lashana Lynch bakal membintangi filem James Bond terbaru tidak lama lagi.
Sejak kebelakangan ini, ada beberapa khabar angin mengatakan Lashana bakal memegang watak utama sebagai James Bond menggantikan Daniel Craig, lantas menjadikannya pelakon wanita pertama bergelar James Bond.
Namun begitu, memetik laporan Vox, Lashana hanya akan memegang watak sebagai Nomi dan Daniel Craig masih dikekalkan sebagai 'Mr. Bond' dalam filem terbabit.
"Penglibatan Lashana dalam James Bond terbaru tidak bermaksud dia akan menggantikan watak James Bond yang selama ini dipegang oleh pelakon lelaki.
"Lashana akan terlibat dengan ejen 007, namun dia bukan 'hero' kerana ia masih dipegang oleh Daniel Craig," tulis sumber.
Namun begitu, setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi dibuat dari pihak produksi mahupun pelakon filem terbabit.
Imbas kembali, Daniel Craig mula membintangi filem James Bond bermula tahun 2006 menerusi Casino Royale, kemudian disusuli Quantum of Solace (2008), Skyfall (2012) dan Spectre (2015).
Sumber : www.vox.com
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Nusantara

Berpulang, Pemakaman Legendaris Sean Connery Digelar Tertutup

gempak
01/11/2020
03:56 MYT
Berita

Legenda Hollywood, Sir Sean Connery Meninggal Dunia Dalam Tidur

gempak
31/10/2020
13:30 MYT
Selamat jalan Legend
Viral

Gara-Gara Obses, Lelaki Ini Tukar Nama Kepada James Bond!

gempak
15/07/2020
08:52 MYT
drebar

25 Unit Aston Martin DB5 Versi James Bond Dihasilkan Harga RM14.7 Juta Seunit

gempak
09/07/2020
06:20 MYT
Setiap unit dilengkapi dengan pelbagai gajet seperti yang digunakan James Bond.
Nusantara

Tunggu Dunia Pulih dari Covid 19, Perilisan Film No Time To Die Ditunda Kali Ketiga

gempak
05/05/2020
02:22 MYT