,
Gegar Vaganza All Star

All Stars Gegar Vaganza: “Tersingkir Itu Biasa Dalam Pertandingan, Harus Terima” - Hetty Koes Endang

Mya Amri
19/10/2023
03:55 MYT
Juri tetap All Stars Gegar Vaganza, Hetty Koes Endang menasihatkan bintang yang tersingkir harus menerima kenyataan bahawa penyingkiran merupakan lumrah sesebuah pertandingan.
Hetty memberikan pendapatnya dalam hantaran terbaharu yang di muat naik di akaun Instagram miliknya.
“Ada peserta yang tereliminasi itu biasa dalam pertandingan, harus ada yang terima. Tetap semangat untuk peserta yang tinggal. Lebih bagus ya,” tulisnya.
Dalam hantaran yang sama, Hetty juga turut mengucapkan tahniah kepada All Stars Gegar Vaganza kerana masih unggul sebagai program hiburan paling popular di Malaysia dengan 6.11 juta tontonan.
“Wow amaziang penonton GV Minggu ke-4 boleh mencapai 6.11 juta penontoon. Hebat sangat.
“Wah berkat penampilan peserta-peserta, bintang-bintang undangan, juri-jurinya juga yang memang sudah pilihan sehingga semuanya hebat hebat belaka,” coretnya.
BACA: Raih 6.11 Juta Tontonan, All Stars Gegar Vaganza Program Hiburan No. 1 Malaysia
BACA: All Stars Gegar Vaganza: Aishah Tersingkir - “Ramai Doa Nak Tengok Saya Keluar Termakbul”
BACA: All Stars Gegar Vaganza: Beza Markah Sikit Sahaja, Liza Hanim Hampir Rampas Kedudukan Pertama!
Minggu keempat GV10 menyaksikan Aishah yang menyampaikan lagu Terlanjur Cinta duet bersama Vince menjadi bintang ketiga yang tersingkir.
Program ini dikendalikan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse, serta diserikan oleh Elly Mazlein pada minggu pertama hingga ketiga.
All Stars Gegar Vaganza masih mengekalkan juri tetap seperti musim terdahulu iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
Bintang yang masih bertanding menerusi All Stars Gegar Vaganza adalah Azharina, Aliff Aziz, Siti Nordiana, Jaclyn Victor, Noryn Aziz, Naqiu, Hady Mirza, Ayai Illusi, Liza Hanim, Nikki Palikat, Tomok, Ezad Lazim dan Zamani.
All Stars Gegar Vaganza masih mengekalkan format asal penjurian yang diadili berdasarkan sistem pemarkahan 100% oleh barisan juri profesional.
Peserta yang mendapat markah terendah pada setiap minggu akan disingkirkan. Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM200,000.
Dibawakan oleh Farm Fresh, Digi, PowerCat dan Cuckoo, All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.
Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.
ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.
Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box.
PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
gegar-vaganza-11

GV11: Tema ‘Kembali Menyengat’ Jadi Taruhan Di Pentas Pembukaan, Semak Senarai Lagu Minggu Pertama

gempak
22/11/2024
11:25 MYT
Dengan bertemakan “Kembali Menyengat” 14 peserta yang bersaing akan membawakan lagu hit pertama mereka dalam industri seni suara.
gegar-vaganza-11

GV11: Sudah Lama Menanti, Yazid Lovehunters Siap Sedia Beraksi - “Sebenarnya Saya Dah Lama..”

gempak
18/11/2024
13:55 MYT
Menurut Yazid, dia sudah lama menantikan peluang untuk menyertai program yang sudah masuk edisi kesebelas itu.
gegar-vaganza-11

GV11: Nai Dinamik Pernah Buat Keputusan Untuk Tinggalkan Dunia Hiburan - “Saya Balik Ke Sarawak Untuk Beri Fokus Kepada Keluarga”

gempak
14/11/2024
03:55 MYT
Nai yang juga merupakan peserta Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) menjelaskan keputusan yang dibuatnya itu adalah untuknya memberi tumpuan kepada keluarga dan juga agama.
gegar-vaganza-11

GV11: Reshmonu Teruja, Sahut Cabaran Nyanyikan Lagu Dangdut - "Itu Memang Susah, Saya Pun Tak Dengar ..."

gempak
11/11/2024
03:55 MYT
Sebagai penyanyi, Reshmonu memandang GV ini merupakan satu konsep pertandingan yang serius berbanding program, Masked Singer yang pernah dia sertai dahulu.
gegar-vaganza-11

GV11: Ambil Cuti Tanpa Gaji & Tak Minum Ais Langsung, Fairuz Selamat Cabar Diri Mahu Bolos Ke Final – “Kita Dah Lama Tak Menyanyi, Bagilah Peluang”

gempak
10/11/2024
08:50 MYT
Penyanyi Fairuz Selamat mengakui penyertaannya dalam program realiti nyanyian popular Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) adalah peluang terbesar dalam karier nyanyiannya.
Unitar