,
Gegar Vaganza 9

GV9: Naqiu Boboy & Lan Solo Sepakat Mahukan Jaclyn Victor Sertai GV9! Ini Ramalan Mereka

Shahrin Zulkifle
03/09/2022
10:00 MYT
Masih ingatkah anda dengan juara program GegarVaganza musim ke enam, Naqiu dan pemenang tempat ketiga GegarVaganza musim ke empat iaitu Lan Solo?
Ternyata kedua mereka sudah tidak sabar untuk menantikan siapakah penyanyi yang bakal membarisi senarai bintang yang akan bertanding pada edisi ke sembilan GegarVaganza (GV).
Malah, apabila ditanya kepada Naqiu dan Lan, mereka sudah mempunyai senarai ‘whishlist’ tersendiri.
“Untuk GV9 saya harap Fairuz Selamat dan Fiq Mentor akan masuk untuk tahun ini,” kata Naqiu.
“Kalau saya pula, saya mahukan Asmidar, Ronnie Hussein dan Tomok. Mereka sudah layak masuk GV9,” kata Lan.
Bagaimanapun, mereka turut menamakan penyanyi bervokal lantang iaitu Jaclyn Victor untuk menjadi salah seorang peserta yang akan memberi saingan di pentas GV tahun ini.
Naqiu dan Lan ditemui pada acara Busking GegarVaganza bertempat di pusat membeli belah Sogo, Kuala Lumpur, pada Khamis, bersempena kehangatan program GV9 yang dijangka bakal bermula tidak lama lagi.
Sementara itu, Naqiu turut berkongsi kenangannya sewaktu bertanding di atas pentas GV6.
“Kenangan paling manis semasa saya di GV dulu adalah apabila musim itu diberikan minggu tambahan untuk kami para peserta, memang sangat terkejut.
“Selain itu, perkara yang tidak dapat saya lupakan adalah dapat berkenalan dengan rakan-rakan penyanyi yang lain dan dapat bekerjasama dengan Tok Ram (Datuk Ramli MS),” ujar Naqiu.
Dalam pada itu, bagi Lan atau nama asalnya Muhammad Razlan Mohamad Yusof, menyifatkan pentas GV sebagai pembuka pintu rezeki buatnya.
“Lepas sahaja pertandingan GV rezeki saya sangat luas dan berganda-ganda yang saya terima, saya sangat berterima kasih kepada pihak Astro dan team GV atas rezeki ini,” katanya.
Bahang GV9 kian terasa, pelbagai nama yang disebut dan menjadi ramalan oleh peminat setia program itu.
Teruskan mengikuti perkembangan terkini tentang GegarVaganza dan info selanjutnya di www.gempak.com serta langgan juga Premium Pack Astro untuk menyaksikan pelbagai rancangan menarik di Astro.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Netizen Petik Nama Bakal Sertai Gegar Vaganza, Ini Respon Wany Hasrita - “Saya Rasa Kena Tunggu..”

gempak
06/09/2024
07:55 MYT
Penyanyi, Wany Hasrita mengulas spekulasi mengatakan dirinya bakal menyertai program, Gegar Vaganza.
Hiburan

The Chosen One Kembali! 16 Peserta Cilik Terbaik Seluruh Malaysia Bakal Berentap Rebut Gelaran Juara

gempak
04/09/2024
05:08 MYT
Menggegarkan industri nyanyian sehingga menjadi program realiti baharu nombor satu di Malaysia pada tahun 2023 pada musim pertamanya, Astro kini kembali memperkenalkan bakat-bakat generasi baharu dalam ‘The Chosen One 2024’ yang akan bermula pada 20 September ini, setiap hari Jumaat, jam 9 Malam di Astro Ceria (saluran 611). Program ini turut akan
Hiburan

“Tak Sangka Itu Yang Terakhir, Fuad Hilang Terus Tak Sempat Ucap…” - Tom

gempak
28/08/2024
02:20 MYT
Penyanyi Tom berkongsi detik pertemuan semula dia dengan suaminya yang juga penyanyi Fuad Rahmad ketika di sidang media program Gegar Vaganza (GV9).
Hiburan

Pernah Dipandang Negatif Kerja Kelab Malam, Jaclyn Victor Kuat Semangat Demi Ibu - "Jujur, Dia Tak Pernah ..."

gempak
06/06/2024
08:55 MYT
Setelah 20 tahun dalam industri, akhirnya penyanyi Jaclyn Victor bakal mengadakan konsert solo pertamanya yang disifatkan sebagai hadiah selepas melalui pelbagai halangan dan cabaran sepanjang bergelar anak seni.
Hiburan

“Kalau Takat Kena Baling Telur Tu Dah Biasa Ya…” - Tomok

gempak
22/05/2024
09:55 MYT
Penyanyi Tomok berkongsi artikel di majalah MANGGA mengenai dia dan penyanyi Siti Nordiana yang disiarkan untuk edisi pada bulan Disember 2000.