,
Gegar Vaganza 7

Rasa Rugi Hilangkan Diri Lima Tahun Dari Industri, Nomad Kembalikan Keyakinan Sertai GV7

Fiza Kamarudin
29/09/2020
23:38 MYT
Penyanyi Nomad yang pernah popular dengan lagu Tetap Menantimu mengakui kembali ke pentas nyanyian menerusi Gegar Vaganza 7 (GV7).
Nomad berkata, dia juga akan membuktikan kehilangannya selama lima tahun dari industri hiburan berbaloi dengan penyertaannya di GV7.
“Lima tahun itu saya dah rasa macam-macam kerugian. Tetapi saya berterima kasih kepada semua yang mendengar dan suka dengan lagu Tetap Menantimu.
“Yang sebenarnya saya bukan menghilang tetapi, saya fokus pada kerja saya. Saya bekerja sendiri tetapi bukan dalam industri.
“Nyanyian tidak pernah hilang dalam diri saya ini. Cuma sebelum ini sebelum GV7 datang kepada saya, saya tidak yakin untuk kembali.
“Tapi selepas diyakinkan oleh pihak pengurusan Indigital Music, saya rasakan inilah masanya untuk saya perbertulkan keadaan terutama tentang ‘confidence’.
“Saya perlu buktikan kepada diri sendiri dan pada masa sama untuk orang lain menilai diri saya. Saya perlu yakinkan diri yang saya boleh buat dengan menyertai program ini,” ujarnya.
Bakal bersaing dengan 13 lagi bintang GV7 bermula 11 Oktober ini, Nomad berkata dia sudah mempersiapkan fizikal dan mental.
“Bila orang tanya sanggup ke terima kritikan warganet dan juri, saya hanya jawab sudah. Adat dalam pertandingan ada yang suka, ada yang tak suka kerana masing-masing ada peminat sendiri.
“Selain itu saya juga sudah mengambil kelas vokal dan baru selesai untuk sesi yang pertama,” katanya ketika ditemui selepas malis sidang media GV7 baru-baru ini.
Dalam pada itu, Nomad berkata dia akan kembali aktif dan serius dalam bidang nyanyian selepas menyertai program GV7 .
“Saya tahu banyak persaingan sekarang tambah-tambah lagi ramai penyanyi baru yang bagus-bagus. Tapi saya percaya kepada rezeki. Kalau orang tak terima saya pun tak apa, asalkan lagu-lagu saya diterima,” katanya.
Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.
Untuk lima episod pertama, ‘Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 5 Oktober 2020. Manakala siaran ulangan pula adalah pada jam 11.30 malam.
Konsert mingguan ‘GV7’ pula akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai 11 Oktober 2020.
Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV7’ bermula 11 Oktober 2020.
Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Netizen Petik Nama Bakal Sertai Gegar Vaganza, Ini Respon Wany Hasrita - “Saya Rasa Kena Tunggu..”

gempak
06/09/2024
07:55 MYT
Penyanyi, Wany Hasrita mengulas spekulasi mengatakan dirinya bakal menyertai program, Gegar Vaganza.
Hiburan

“Tak Sangka Itu Yang Terakhir, Fuad Hilang Terus Tak Sempat Ucap…” - Tom

gempak
28/08/2024
02:20 MYT
Penyanyi Tom berkongsi detik pertemuan semula dia dengan suaminya yang juga penyanyi Fuad Rahmad ketika di sidang media program Gegar Vaganza (GV9).
Hiburan

Nabil Ahmad Lihat Aliff Aziz & Bella Astillah Sebagai ‘Loving Couple’ Ketika Di GV - “Saya Percaya Setiap Orang Ada Ujian…”

gempak
06/05/2024
00:55 MYT
Nabil harap semua orang doakan Aliff & Bella.
Laman Utama

All Stars Gegar Vaganza (RECAP): Jaclyn Victor The Best, Liza Hanim 'Gebrek', Syafinaz Sayang Naqiu, Semak Markah Penuh Konsert Finale!

gempak
11/12/2023
02:00 MYT
Recap final Gegar Vaganza 10
Laman Utama

All Stars Gegar Vaganza (RECAP): Tomok Stailo Nyanyi Silang Kaki, Hady Mirza Dapat 'Gebrek', Semua Ke Final!

gempak
04/12/2023
00:15 MYT
Recap separuh akhir