,
Gegar Vaganza 7

"Bengkak Sebab Alergi Makanan" - Ayu Damit Nafi Suntik Dagu!

Amri Hassan
26/10/2020
04:55 MYT
Bintang Gegar Vaganza 7 (GV7), Ayu Damit menafikan spekulasi netizen yang mendakwa dia melakukan suntikan pada dagu untuk kelihatan runcing.
Jelas Ayu, sebaliknya dia mengalami alergi makanan yang teruk hingga menyebabkan dagunya membengkak selepas kerap menggaru.
"Saya pernah maklumkan sebelum ini, saya ada alergi dan dagu saya sedikit membengkak.
"Ia terjadi selepas saya makan makanan yang menyebabkan gatal dan bawah dagu saya terluka. Lebih teruk apabila saya memakai tudung dan bergesel dengan tempat alergi itu.
"Diharapkan jangan cerita pasal itu, fokuslah pada nyanyian dan persembahan saya sepanjang GV7 ini. Tuduhan itu tidak berasas sama sekali," kata Ayu kepada Gempak malam tadi.
Tegur Ayu agar netizen sentiasa bersangka baik dan tidak melulu-lulu membuat spekulasi yang tidak berasas mengenai apa-apa isu atau sesiapa sahaja.
"Netizen berhak nak cakap apa pun, sebagai penyanyi kita mendengar. Apa yang baik saya mendengar, apa yang buruk saya abaikan sahaja," tambahnya.
Tular di Twitter apabila ada dakwaan mengatakan wajah Ayu kelihatan semakin berbeza di kaca televisyen dan menuduhnya melakukan rawatan kosmetik pada bahagian dagu.
"Ayu ni baru lepas inject dagu dia ker? Masa VT tu pelik dagu dia," tulis salah seorang pengguna di Twitter. Ayu mendapat kedudukan pertama pada konsert minggu ketiga GV7 menerusi persembahan bertenaga lagu Senyuman Ragamu (Gerhana Ska Cinta).
BACA: Corat-Coret GV7: Rock Comel Versi Kak Ani, Senyuman Manis Rozita Izlyn & Ashira Balik Maraton?
Dihoskan oleh Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.
GV7 turut menampilkan Datuk Ramli MS dan mengembalikan Datuk Khatijah Ibrahim sebagai juri tetap dan akan dibantu juri jemputan setiap minggu.
Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.
Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.
Untuk lima episod pertama, ‘Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 5 Oktober 2020. Siaran ulangan pula adalah pada jam 11.30 malam.
Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan GV7 bermula 11 Oktober 2020.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Ayu Damit Langgar Pantang? Beri Sebab Buat Show Selepas 3 Hari Bersalin

gempak
06/12/2023
05:55 MYT
Ramai risaukan Ayu...
Laman Utama

“Hadiah Ulang Tahun Perkahwinan Ye Untuk Bulan Ni,” - Ayu Damit Selamat Bersalin Anak Keempat

gempak
03/12/2023
01:05 MYT
Alhamdulillah.
Gegar Vaganza All Star

Al-Fatihah… Bad Indigo Meninggal Dunia

gempak
26/10/2023
12:54 MYT
Al-Fatihah...
Laman Utama

Kalut Keluarkan Lagu Raya, Che Ta Pot Pet; "Bukan Nak Berlumba Dengan Artis Lain Tapi..."

gempak
19/04/2023
09:37 MYT
Cayang-Cayang Raya tampilkan Che Ta Pot Pet,Watie Sadali, Ayu Damit dan Yasin Senario.
Laman Utama

Pedas! Try 100 Jenis Sambal Malaysia Di Pesta Citarasa Sambal Mac Nanti!

gempak
10/02/2023
05:45 MYT
Pesta Citarasa Sambal (TOSFE) pada 10,11 dan 12 Mac ini.