,
Gegar Vaganza 6

Tidak Lagi Ditaja Produk Kosmetik, GV6 Catat Rekod Dapat 5 Penaja Baru

Amri Hassan
27/09/2019
05:45 MYT
Rancangan hiburan popular Gegar Vaganza musim keenam (GV6) memecahkan rekod sendiri apabila mendapat lima tajaan.
Menurut Ketua Strategi Kandungan Hiburan Astro, Raqim Ahmad, penukaran penaja untuk musim kali ini bukan disebabkan kontroversi penaja terdahulu.
"Penaja terdahulu tidak buat silap pun, mana-mana penaja tidak kita dahulu atau sekarang semuanya membantu program Gegar Vaganza.
"Tanpa penaja tak sampailah GV6 ini. Semestinya penaja yang terlibat dengan semua musim GV disebabkan kredibiliti dan kepercayaan rancangan itu sendiri," katanya kepada Gempak.
Buat julung kalinya, pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh hadir sebagai penaja utama GV6 dan disokong oleh tiga penaja bersama Adabi, Cuckoo dan Uphamol.
Syarikat telekomunikasi Digi pula menjadi telco rasmi.
GV musim keenam akan memulakan siarannya selama lapan minggu bermula 13 Oktober ini.
Antara penyanyi yang akan bertanding kali ini ialah Wann, Sham Visa dan Noorshila Amin.
Turut bersaing dengan mereka ialah Naqiu Boboy, Jatt, Roy, Ameer Sofazr, Hady Mirza, Mazleela, Feeza, Nurfatima dan kumpulan Kool serta One Nation Emcees.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Advertorial

Susu Tepung Rumusan Farm Fresh Grow Baharu, Susu Yang SEMOOOOOANYA™ BAIK Untuk Anak Anda!

gempak
15/01/2024
12:25 MYT
Dapatkan susu tepung rumusan dengan probiotik BB-12
Gegar Vaganza All Star

All Stars Gegar Vaganza: Naqiu Infaq Separuh Duit Kemenangan Juara GV6 - "Ketika Itu PKP, Ramai Orang Susah"

gempak
30/09/2023
15:55 MYT
Alhamdulillah... murah rezeki Naqiu.
Laman Utama

Buka Puasa Di Ladang Farm Fresh Best! Makanan Sedap, View Cantik, Feeling Habis Bila Ja-Moo Selera

gempak
18/04/2023
12:56 MYT
Selamat Men Ja-Moo selera guys.
Laman Utama

Farm Fresh Perkenalkan Jom Cha, Mahu Sasar 100 Cawangan Sepanjang Setahun

gempak
19/02/2023
12:50 MYT
Menarik!
Laman Utama

Farm Fresh Sekali Lagi Dinobat Pilihan Pengguna Malaysia!

gempak
20/01/2023
03:42 MYT
Tahniah!