,
Gegar Vaganza 2021

“Gementar & Sedikit Emosi Terkenangkan...” - Dapat Markah Tercorot, Datuk Fazley Mohon Maaf Persembahan Kurang Memuaskan!

Hanafis Haris
22/11/2021
09:30 MYT
Bintang Gegar Vaganza lapan (GV8) Datuk Fazley Yaakob memohon maaf atas persembahan yang kurang memuaskan ketika konsert pertama GV malam semalam.

Menurut Fazley, perasaan gementar kerana sudah lama tidak membuat persembahan berkemungkinan antara faktor yang menyumbang kepada kekurangan tersebut.

“GV8 merupakan satu pentas besar. Rasa macam berdiri di hujung padang bola.

“Memang nervous habis, sekian lama tidak menyanyi atas pentas besar hampir 10 tahun, hanya menyanyi sambil memasak di dapur.

“Saya terlalu gementar dan sedikit emosi terkenangkan anak-anak,” katanya.

Tambahnya, dia juga akan cuba ‘menebus’ kekecewaan tersebut pada minggu hadapan menerusi persembahan konsert kedua.

“Maafkan saya buat mereka yang hampa, terima kasih buat mereka yang memahami.

“Syukur buat mereka yang masih sudi memberikan semangat.

“Insya-Allah, saya akan cuba lebih baik minggu hadapan dengan lagu abang Hasnol, laguku untukmu,” katanya.

Sekadar info, menerusi konsert pertama GV8 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)semalam, Fazley berada di kedudukan terakhir dengan markah hanya sekitar 53 peratus.

Penyanyi Singapura Aliff Aziz pula muncul sebagai bintang dengan markah tertinggi iaitu 74.6%

BACA: Tiada Penyingkiran Konsert Pertama GV8! Aliff Aziz Raih Markah Tertinggi Manakala Datuk Fazley….

Untuk rekod, juara GV8 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 serta trofi manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing membawa pulang RM50,000 dan RM30,000 termasuk trofi.

Untuk pemenang tempat keempat, kelima dan keenam pula masing-masing akan menerima hadiah berupa wang tunai bernilai RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 serta trofi.

Penerbitan GV8 turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi.

Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan selaku penaja bersama.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Anggap Wajah Asyik Jadi Duta Produk Sebagai Rezeki, Dato Fazley Tampil Dengan Koleksi Wangian Bau Pastri!

gempak
28/03/2024
13:00 MYT
Hasil kerjasama dengan syarikat bumiputera tempatan ENKÉ Malaysia, cef selebriti Dato Fazley Yaakob telah memperkenalkan koleksi wangian terbaharu, Pâtissier Pure Parfum, yang dillhamkan dari kemahiran dan seni 'pâtissiers'
Terkini

Fazley Yaakob Jawab Dakwaan Raf Dah Ada Pengganti Baru - "Saya Rasa Betul Lah.."

gempak
27/03/2024
07:00 MYT
Penyanyi dan cef selebriti Dato Fazley Yaakob menjawab dakwaan mengenai adiknya, Raf Yaakob yang dikatakan sudah mempunyai pengganti baharu selepas baru sahaja setahun bercerai dengan bekas isterinya, pelakon Mawar Rashid.
Laman Utama

Fazley Tolak Dakwaan Rumah Tangga Raf & Mawar Bergolak - “Apa Sahaja Yang Berlaku Dia Akan Cerita”

gempak
30/10/2023
08:03 MYT
Ini kenyataan Fazley
Laman Utama

Fazley Yaakob Dedah Kerap Terima Tawaran Sertai Politik! - "100 Kali Fikir Pun Jawapan Saya Tetap ..."

gempak
26/12/2022
03:51 MYT
Apa pendirian Fazley Yaakob?
Laman Utama

Belum Terfikir Ikut Jejak Arwah Bapa, Fazley Yaakob Akui Terima Tawaran Jadi Ahli Politik; “Lebih Baik Saya Berkhidmat…”

gempak
12/10/2022
07:55 MYT
Menarik juga kalau Fazley Yakoob jadi ahli politik...