,
Gegar Vaganza 11

GV11: Reshmonu Teruja, Sahut Cabaran Nyanyikan Lagu Dangdut - "Itu Memang Susah, Saya Pun Tak Dengar ..."

Asyraf Roslan
11/11/2024
03:55 MYT
Sudah 24 tahun bertapak dalam industri seni suara, penyanyi Reshmonu rasa sangat dihargai apabila diberi peluang untuk menyertai program realiti hiburan, Gegar Vaganza (GV) musim ke-11.
Namun sebagai penyanyi, Reshmonu memandang GV ini merupakan satu konsep pertandingan yang serius berbanding program, Masked Singer yang pernah dia sertai dahulu.
“Perasaan memang gembira tapi boleh cakap takut juga sebab format Gegar Vaganza ini memang satu format yang serius sebelum ini pernah masuk Masked Singer jadi format tu lain sikit tapi saya tetap teruja dan gembira untuk menyertai pertandingan.
“Saya juga rasa dihargai sebab sudah 24 tahun saya dalam industri dan diberi peluang untuk tonjolkan bakat saya yang masih ada atau yang akan saya terokai semasa bertanding nanti,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: GV11: Ambil Cuti Tanpa Gaji & Tak Minum Ais Langsung, Fairuz Selamat Cabar Diri Mahu Bolos Ke Final – “Kita Dah Lama Tak Menyanyi, Bagilah Peluang”

ARTIKEL BERKAITAN: GV11: Astro Kekalkan Gandingan Nabil dan Jihan, Magis Keserasian yang Sukar Ditandingi

ARTIKEL BERKAITAN: GV11: Terbuka Hati Selepas Buat Persembahan Bersama Noryn Aziz, Liza Aziz Akhirnya ‘Say Yes’ Untuk Bertanding - “Saya Rasa Ia Masa Yang Sesuai”

ARTIKEL BERKAITAN: GV11: Sanggup Ambil Cuti 4 Bulan Tanpa Gaji, Arrora Salwa Ambil Kelas Vokal Untuk Persediaan - “Kalau Dulu Saya Mungkin Kosong Tapi…”

Dalam berdepan cabaran di GV, Reshmonu akui dia agak gentar jika diminta menyanyikan lagu bergenre dangdut.
Menurut pelantun lagu Cintaku Pergi itu genre itu mungkin akan beri sedikit tekanan kepadanya namun tetap akan melaksanakan cabaran itu dengan baik.
“Saya rasa minggu yang akan mencabar saya adalah jika saya harus menyanyikan lagu dangut.
“Itu memang susah, sebab biasanya saya pun tak dengar lagu dangdut tetapi saya akan menerimanya sebagai cabaran.
“Kerana hidup juga adalah satu cabaran, jadi begitu juga Gegar Vaganza.. Jadi saya akan hadapinya,” katanya kepada Gempak.
Reshmonu bakal berentap bersama 13 peserta lain antaranya Ning Baizura, Faizul Selamat, Yazid Lovehunters, Liza Azizi, The Lima dan Arrora Salwa bagi merebut gelaran juara.
Penganjuran Gegar Vaganza pada tahun ini juga masih mengekalkan Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS selaku juri.
Acara yang berlangsung selama 12 minggu ini akan dikendalikan oleh pengacara hebat Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
GV 11 bakal bermula pada 24 November ini dan berlangsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam.
Rancangan ini juga akan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104).
Rancangan nyanyian yang dinanti-nantikan ini turt boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel.
Daftar sekarang untuk tawaran masa terhad Astro Baharu, JUALAN JIMAT BESAR dengan harga serendah RM41.99/sebulan serta pemasangan percuma*. Nikmati hiburan terbaik, dalam satu tempat! Layari astro.com.my bagi info lanjut untuk melanggan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
gegar-vaganza-11

GV11: Tema ‘Kembali Menyengat’ Jadi Taruhan Di Pentas Pembukaan, Semak Senarai Lagu Minggu Pertama

gempak
22/11/2024
11:25 MYT
Dengan bertemakan “Kembali Menyengat” 14 peserta yang bersaing akan membawakan lagu hit pertama mereka dalam industri seni suara.
gegar-vaganza-11

GV11: Sudah Lama Menanti, Yazid Lovehunters Siap Sedia Beraksi - “Sebenarnya Saya Dah Lama..”

gempak
18/11/2024
13:55 MYT
Menurut Yazid, dia sudah lama menantikan peluang untuk menyertai program yang sudah masuk edisi kesebelas itu.
Hiburan

Berbulan-Bulan Lakukan Solat Sunat Istikharah, Zehra Zambri Tenang Buat Keputusan Sertai GV11 - "Ini Bukan Mudah"

gempak
14/11/2024
05:55 MYT
Bintang Gegar Vaganza musim 11 (GV11), Zehra Zambri, akui mengalami detik sukar untuk membuat keputusan beberapa bulan sebelum menyertai rancangan realiti hiburan popular itu.
gegar-vaganza-11

GV11: Nai Dinamik Pernah Buat Keputusan Untuk Tinggalkan Dunia Hiburan - “Saya Balik Ke Sarawak Untuk Beri Fokus Kepada Keluarga”

gempak
14/11/2024
03:55 MYT
Nai yang juga merupakan peserta Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) menjelaskan keputusan yang dibuatnya itu adalah untuknya memberi tumpuan kepada keluarga dan juga agama.
gegar-vaganza-11

GV11: Ambil Cuti Tanpa Gaji & Tak Minum Ais Langsung, Fairuz Selamat Cabar Diri Mahu Bolos Ke Final – “Kita Dah Lama Tak Menyanyi, Bagilah Peluang”

gempak
10/11/2024
08:50 MYT
Penyanyi Fairuz Selamat mengakui penyertaannya dalam program realiti nyanyian popular Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) adalah peluang terbesar dalam karier nyanyiannya.
Unitar