Gegar Vaganza 11
Gegar Vaganza 11: Shiela Abdul Enggan Tukar Tugasan, Ada Sebab Terus Nyanyi Lagu ‘Dedebu Cinta’
Bintang Gegar Vaganza 11 (GV11), Shiela Abdul memberitahu dia tidak mahu menukar lagu yang telah diberikan kepadanya.
Menurut Shiela, lagu Dedebu Cinta nyanyian asal Misha Omar itu mempunyai satu kenangan manis buat dirinya bersama dengan komposer, Allahyarham Datuk Adnan Abu Hassan.
“Saya sahut cabaran sebab lagu itu banyak sangat kenangan saya bersama arwah Adnan Abu Hassan. Jadi bila nak nyanyi lagu itu akan memberi cabaran kepada saya kerana ia akan datang sekali dengan memori.
“Saya harap saya tak nangis atas pentas,” katanya kepada Gempak.
Untuk minggu ketiga, pelantun lagu Mungkinkah itu menganggap ‘Dedebu Cinta’ juga memberi cabaran kepada dirinya.
“Another week another challenge. Bagi saya lagu Dedebu Cinta ini lebih mencabar daripada Persis Mutiara kerana range lagu itu lebih tinggi.
“Saya pernah sampaikan lagu itu ketika Akademi Fantasia jadi sudah pasti peminat harapkan saya akan buat yang lebih baik semasa di GV.
“Saya sendiri harap saya boleh buat yang terbaik. Tidak mahu draf sudah menaik lepastu turun,” ujarnya.
Shiela Abdul berjaya menduduki tangga ketiga untuk minggu kedua Gegar Vaganza dengan markah 66.30 peratus menerusi lagu nyanyiannya Persis Mutiara.
SAKSIKAN VIDEO PENUH YANG DISEDIAKAN OLEH GEMPAK
Must-Watch Video