HIBURAN
“Sekurang-Kurangnya Aina Abdul Boleh Menyanyi Berbanding Madonna” - Khadijah Ibrahim
Penyanyi, Datuk Khadijah Ibrahim menyatakan sokongannya terhadap Aina Abdul dan menyifatkan penyanyi berbakat besar itu sebagai seorang yang bijak dalam strategi pemasarannya.
Menurutnya, Aina bukan sahaja memiliki suara yang luar biasa tetapi juga mampu mencipta identiti tersendiri dalam industri muzik tempatan.
“Saya suka Aina Abdul, sekurang-kurangnya dia boleh menyanyi… maaf cakap ya, Madonna keluar tidak boleh menyanyi, tapi apa dia buat dengan pakaian dia la jadi sebagai marketing… begitu juga dengan Aina.
“Aina perlu buat sesuatu yang berlainan kerana tiada orang nampak bakat dia, dia punya bakat yang besar. Susah kita nak lihat anak melayu kita mempunyai bakat yang begitu bagus, jadi kita perlu sokong dia.
“Orang kecam antara kita boleh terima atau tidak tapi kita harus kuat, bagi saya pada pertama kali melihat penampilan dia saya rasa pelik tapi bila saya lihat kembali saya faham kenapa. Kadang-kadang bila saya jemput dia untuk datang menyanyi dia datang untuk beri sokongan,” ujarnya.
Selain Aina, Khadijah turut menyebut beberapa nama penyanyi lain turut diminatinya antaranya Ernie Zakri, Nadeera Zaini dan Misha Omar.
Tambahnya lagi, Aina perlu melakukan sesuatu yang unik untuk menonjolkan bakatnya kerana tanpa strategi yang berbeza, bakatnya mungkin tidak mendapat perhatian ramai.
“Pada zaman saya dahulu, semua penyanyi mempunyai identiti yang tersendiri, dengan wajah mereka dan sebagainya. Kita bukan di Amerika yang boleh berbadan besar, kurus tidak kisah warna kulit kalau bakat anda bagus anda akan diterima.
“Macam Aina pada awal kemunculan tiada siapa pun yang mengenalinya, tapi selepas dia dan management dia buat sesuatu baru orang nak dengar dia, disebabkan pakaian pelik dia buat orang nak dengar dia. kalau kita tengok Lady Gaga dulu pun masa awal-awal ramai ingat dia gila. Jadi marketing dia sangat bagus, saya memang menyokong dia,”katanya.
Must-Watch Video