Gegar Vaganza 11
Gegar Vaganza 11: Dapat Tawaran Berlakon, Arrora Salwa Teringin Nak Main Watak Antagonis - “Saya Nak Cuba Bawa Watak Mak Tiri Atau….”
Bintang Gegar Vaganza 11 (GV11), Arrora Salwa tidak menolak sekiranya dia diberikan tawaran untuk berlakon pada masa akan datang.
Menurut Arrora, jika peluang itu datang antara watak yang diingininya adalah untuk memainkan watak-watak antagonis.
“Kalau ada peluang kenapa tidak.
“Dulu saya memang pernah terlibat dalam dunia lakonan namun orang tak berapa nak ingat saya. Jadi jika diberi peluang sekali lagi kenapa tidak untuk saya mencuba.
“Teringin nak mainkan watak-watak jahat, mak tiri yang jahat atau wanita penggoda,” katanya.
Bercakap soal sokongan suami, jelas Arrora suaminya,Ahmed Mahfuz sangat memahami dan sentiasa menyokong kerjayanya yang diceburinya.
“Suami saya seorang yang sangat supportive dalam kerjaya yang saya ceburi,” ujar Arrora ringkas.
Meskipun mempunyai minat dalam bidang lakonan, pelantun lagu Ahmad itu menyatakan tidak akan meninggalkan kerjaya yang diceburinya sekarang sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan tempatan.
Menurutnya, meninggalkan kerjaya sedia ada merupakan pilihan terakhir yang akan dibuatnya.
“Untuk meninggalkan kerjaya pramugari itu adalah perkara terakhir sekali. saya tidak tahu perjalanan saya macam mana.
“Mungkin sekarang saya dapat beberapa tawaran namun berapa lama ia bertahan itu saya tidak tahu, lebih-lebih lagi kerjaya ini sudah secure jadi saya boleh bantu mak saya, boleh sediakan kemudahan untuk anak-anak saya.
“Dalam industri hiburan ini kita sukar nak jangka, maka bagi saya kita follow the flow sahaja,” kata Arrora ketika ditemui Gempak.
Terdahulu, Arrora mendapat jemputan lakonan oleh juri jemputan, Datuk Yusof Haslam selepas menyanyikan lagu Apa Guna Berjanji di pentas GV pada minggu keempat.
Must-Watch Video