gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Keluarga Ireland Sanggup Beli Snek Malaysia Harga Hampir RM8 Sepeket - “Anak Saya Suka Super Ring”
HIBURAN
Asian Pop Stars Bakal Cipta Bintang Bertaraf Dunia, Lapan Finalis Dilatih Di Akademi Antarabangsa
SUKAN
Kejohanan Badminton Allianz Media 2025: Pasukan Astro Muncul Naib Juara
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

TEMPATAN

Yamaha NMAX Tambah Dua Warna Baru - Power Grey Dan Icon Grey

Erywan
Erywan
31/05/2021
07:10 MYT
Sponsor Banner
Yamaha NMAX Tambah Dua Warna Baru - Power Grey Dan Icon Grey
Hong Leong Yamaha Motor memperkenalkan NMAX versi 2021 dengan dua warna baharu iaitu Power Grey dan Icon Grey.
Dari segi harganya, ia masih tidak berubah yang mana ia dijual pada RM8,998 tidak termasuk insurans dan bayaran pendaftaran. Pada masa sama, setiap pembelian skuter itu turut diberikan kunci cakera Yamaha secara percuma yang bernilai RM100 dan ia kini sudah ada di pasaran.
Skuter versi dipertingkatkan itu yang dilancarkan pada penghujung tahun lalu hadir dengan lampu LED enam mentol yang mana empat daripadanya adalah untuk lampu rendah dan selebihnya untuk lampu tinggi.
Ia dilengkapi panel meter LCD dan butang pada bahagian kiri hendal memudahkan penggunanya untuk mendapat pelbagai informasi. Pada bahagian belakangnya pula, lampu yang digunakan juga adalah LED dengan mempunyai rekaan tiga dimensi.
Rangkaian kuasa, ia dipadankan enjin empat lejang SOHC 155cc dengan cecair penyejuk Blue Core serta digabungkan kotak gear CVT. Untuk tunggangan lebih jauh, tangki bahan api yang berada ditengah-tengah skuter itu mempunyai kapasiti 7.1 liter. Jadi ia boleh mengurangkan kekerapan untuk mengisi minyak bagi perjalanan jauh.
Ia juga didatangkan dengan Starter Generator Control Unit untuk menghidup enjin lebih senyap, selain dilengkapi soket elektrik 12V untuk memudahkan penunggang mengecas telefon bimbit pada bila-bila masa.
Bagi mengurangkan penggunaan bahan api, NMAX itu dilengkapi dengan sistem Stop & Start yang mana enjinnya dimatikan ketika skuter tidak bergerak seperti berhenti di lampu isyarat. Jika tidak mahu menggunakannya, ia juga boleh tidak diaktif dengan menekan butang.
Sebagai tambahan untuk memberi tambah nilai skuter itu, tempat kakinya lebih lebar untuk memberi keselesaan tunggangan, ruang penyimpan di bawah pelana mencecah 23.3 liter yang boleh memuatkan topi keledar penutup penuh bersaiz XL
Topic Berkaitan
#Yamaha
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement