VIRAL
Keluarga Ireland Sanggup Beli Snek Malaysia Harga Hampir RM8 Sepeket - “Anak Saya Suka Super Ring”
Sebuah keluarga dari Ireland mencuri perhatian netizen apabila sanggup membeli pelbagai barangan runcit dari Malaysia di negara mereka, demi mengubati rindu terhadap makanan tempatan.
Anak paling suka Super Ring
Menerusi satu video tular di TikTok, pengguna yang dikenali sebagai @samantha.smith15, memaklumkan anaknya begitu menggemari keropok kegemaran rakyat Malaysia iaitu Super Ring.Kata Samantha, keropok tersebut dibeli pada harga €1.5 (bersamaan RM7.46 sepeket) dimana harganya tiga kali ganda lebih mahal berbanding dijual di Malaysia.
Bagaimanapun, pemilik video itu menyatakan harga sedemikian bagi sepeket keropok adalah normal di negara itu.“Ia mahal dalam Ringgit, tapi normal dalam Euro. Anak saya sangat sukakan Super Ring,” tulisnya di ruangan komen.
Selain Super Ring, Samantha juga turut membeli barangan lain termasuk air tin, buah laici dalam tin, pes nasi goreng dan satay segera.
Samantha sebelum ini turut berkongsi pengalaman mereka mengunjungi sebuah kedai runcit Malaysia di Ireland yang menjadi destinasi wajib buat mereka sekeluarga apabila rindu akan makanan dari Malaysia.
Malah, salah satu video Samantha ketika pergi ke kedai runcit barangan Malaysia di Ireland tular sehingga mendapat lebih 1.3 juta tontonan.
Difahamkan, keluarga kecil ini mula jatuh cinta dengan Malaysia selepas melancong ke Langkawi, Kedah, baru-baru ini.
@samantha.smith15 We bought Malaysian groceries at Hibiscus shop, Dublin Ireland 🇲🇾🇮🇪✨ Super Rings, Mamee Monster, laksa, lychees & more! But how much did it cost? #malaysianfood #malaysia #malaysiatiktok ♬ original sound - Life with the Smith's ☘️
Must-Watch Video