,
Antarabangsa

Yamaha Lagenda 115Z GP, edisi terhad dengan kemasan PETRONAS Yamaha SRT

Erywan
08/12/2019
05:36 MYT
Bagi memperingati pasukan MotoGP pertama Malaysia iaitu PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) melancarkan edisi terhad menerusi Yamaha Lagenda 115Z GP dengan kemasan PETRONAS Yamaha SRT. Edisi terhad itu dipadankan dengan penampilan PETRONAS Yamaha SRT dalam Kejohanan MotoGP.
Reka bentuk itu diilhamkan menerusi jentera PERTONAS Yamaha SRT YZR-M1 yang ditunggang Franco Morbidelli dan Fabio Quartararo dalam MotoGP 2019. Jentera dengan warna hitam itu, menerima sentuhan pelekat corak jentera PETRONAS Yamaha SRT iaitu hijau muda.
Seperti edisi terhad lain, setiap pembelian Yamaha Lagenda 115Z GP Edition, pemiliknya akan menerima Sijil Pemilikan eksklusif. Edisi Lagenda 115Z GP akan berada di semua pengedar sah Yamaha dari pertengahan Disember 2019 dan ia dijual pada harga RM5,580.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Terseret Bawah Treler, Peserta Himpunan RXZ Maut Elak Patung Penyu Di LPT2

gempak
15/09/2024
14:28 MYT
Gara-gara mengelak patung replika penyu yang terjatuh di atas lebuh raya, seorang peserta RXZ Members 6.0 maut dalam kemalangan di Kilometer 379.5 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Ajil menghala ke Bukit Besi, Terengganu pada Ahad.
drebar

Yamaha Y16ZR Edisi DOXOU, Hanya 5,000 Unit Harga Bermula RM11,688

gempak
21/10/2021
02:40 MYT
Bagi membuatkan ia lebih unik dan eksklusif, setiap pembelian akan menerima sijil.
drebar

Yamaha TMAX 560 Lancar Di Malaysia, Harga Bermula RM72,288

gempak
18/10/2021
05:42 MYT
Sesuai untuk tunggangan di bandar dan perjalanan jauh itu dilengkapi dengan enjin empat lejang DOHD dua silinder bersesaran 562cc.
drebar

Buat Peminat Star Wars, Yamaha NMAX Ini Harus Dimiliki

gempak
23/06/2021
07:54 MYT
Ditawarkan dengan dua varian iaitu Rebell Alliance atau Galactic Empire.
drebar

Yamaha NMAX Tambah Dua Warna Baru - Power Grey Dan Icon Grey

gempak
31/05/2021
07:10 MYT
Harganya masih tidak berubah yang mana ia dijual pada RM8,998 tidak termasuk insurans dan bayaran pendaftaran.