,
Tempatan

Volvo C40 Recharge - Model Pertama Yang Dibangunkan Sebagai Kenderaan Elektrik Tulen

Erywan
04/03/2021
00:58 MYT
Volvo Cars mengumumkan bahawa menjelang 2030, setiap kenderaan yang dihasilkan oleh syarikat itu akan dijana oleh trenkuasa elektrik dan tiada satu model pun mempunyai enjin pembakaran dalam.
Bagi mencapai visinya, pengeluar kenderaan dari Sweden itu akan memperkembangkan barisan model elektrik mereka dan ini bermula dengan C40 Recharge. Tidak seperti XC40 Recharge yang masih boleh didapati dalam versi PHEV, C40 Recharge adalah model Volvo pertama yang dibangunkan sebagai kenderaan elektrik tulen.
Persamaan reka bentuk dengan XC40 Recharge bukanlah satu kebetulan kerana seperti model itu, C40 Recharge juga dibina menggunakan platform CMA. Bagaimanapun, seperti yang boleh dilihat, ia tampil lebih menonjol dengan bumbung lebih rendah dengan memberikannya imej seakan-akan coupe.
Seperti yang dijangka, rekaan ruang kabinnya juga hampir sama dengan model itu namun apa yang membezakan adalah ia didatangkan pilihan warna dan kemasan tersendiri. Buat pertama kalinya juga, Volvo tidak menggunakan sebarang upholsteri kulit di dalam model terbaharunya ini.
Seperti XC40 Recharge, ia menggunakan sistem infotainmen Android yang dibangunkan dengan kerjasama Google. Sistem berkenaan menawarkan pelbagai aplikasi dan perkhidmatan Google seperti Google Maps, Google Assistant dan Google Play Store. Ia juga didatangkan dengan data tanpa had dan ciri kemas kini atas udara (Over The Air atau OTA).
C40 Recharge dipacu oleh sebuah motor elektrik yang terletak pada setiap gandar, sekali gus memberikannya pacuan semua roda (AWD). Dengan kuasa keseluruhan berjumlah 408hp dan 660Nm, ia mampu memecut dari 0 hingga 100km/j dalam 4.9 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum yang dihadkan secara elektronik pada 180km/j.
Tenaga untuk motor-motor elektrik terbabit dibekalkan oleh pak bateri 78kWh memberikan SUV ini jarak pemanduan sejauh 420km dengan satu cas penuh. Menurut Volvo, jarak pemanduan itu boleh ditingkatkan menerusi kemas kini perisian OTA yang akan diberikan dari masa ke masa.
Bateri berkenaan mengambil masa lapan jam untuk pengecasan penuh menerusi pengecas 11kW atau 40 minit untuk pengecasan sehingga 80% dengan menggunakan pengecas pantas 150kW.
Sebagai sebahagian daripada strategi pemasaran baharunya, Volvo akan menawarkan C40 Recharge secara eksklusif menerusi dalam talian. Cara ini bukan sahaja dapat mengurangkan kerumitan dalam produknya, malah menawarkan struktur harga yang lebih telus.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
drebar

Berita Baik Pemilik Volvo, Jenama Itu Lancar Program Jaminan Alat Ganti Kereta Sepanjang Hayat Untuk Pelanggannya

gempak
01/10/2021
04:36 MYT
Pelanggan yang membeli dan memasang alat ganti tulen Volvo melalui wakil pengedar sah Volvo mulai 1 Oktober 2021 akan layak menyertai program itu.
drebar

Volvo XC90 Generasi Baharu Dilengkapi Dengan LiDAR

gempak
08/07/2021
04:19 MYT
Teknologi LiDAR dibangunkan dengan kerjasama Luminar, serta komputer pemanduan autonomi yang dikuasakan oleh sistem Nvidia Drive Orin.
drebar

Ibu Tungga Dan Wanita Luar Bandar Hasil Pelitup Muka Untuk Volvo Car Malaysia

gempak
10/06/2021
02:57 MYT
Projek itu memberi manfaat kepada mereka yang kehilangan pekerjaan dan mengharungi pelbagai kepayahan hidup disebabkan pandemik.
drebar

Volvo XC40 Recharge T5 R-Design Versi CKD, Harga Bermula RM241,997

gempak
25/02/2021
05:49 MYT
Pengenalan XC40 Recharge T5 R-Design memperkukuh visi Volvo dalam aspek kelestarian, menjadikan satu-satunya jenama automotif di Malaysia dengan rangkaian kenderaan elektrik hibrid plug-in penuh.
drebar

Volvo Car Malaysia Tukar Waranti Kenderaan Dari Tiga kepada Lima Tahun

gempak
09/02/2021
04:50 MYT
Bermula 1 Januari 2021 dan selanjutnya, perlindungan jaminan pengeluaran selama lima tahun atau perbatuan tanpa had.