,
Antarabangsa

Volkswagen Golf Generasi Kelapan Mungkin Tidak Masuk Tahun Ini, Tetapi Diganti Dengan 2 Model Lain

Erywan
13/05/2020
08:22 MYT
Pengarah Urusan Volkswagen Passenger Car Malaysia (VPCM), Erik Winter berkata, pihak tidak pasti sama ada Golf generasi kelapan akan hadir pada tahun ini, kerana ia tidak sempat dan terlalu singkat.
Bagaimanapun menurutnya, dua model lain yang akan memeriahkan jenama Volkswagen di Malaysia pada tahun ini membabitkan membabitkan dua model lain iaitu Passat R-Line dan Arteon R-Line.
Katanya, Passat R-Line adalah varian tambahan selepas versi Elegance yang dilancarkan pada awal tahun ini.
“Passat R-Line itu akan diperkemaskan dengan pakej-pakej R-Line yang lebih bergaya dan tampak lebih sporty.
“Arteon R-Line pula, ia menggunakan enjin sama dengan Passat iaitu 2.0 liter TSI yang menyalurkan 190PS,” katanya dalam taklimat visual bersama media mengenai rekaan baharu jenama Volkswagen.
Pada masa sama, VPCM mengumumkan bahawa akan memperkenalkan rekaan baharu jenama Volkswagen di Malaysia. Ia dibangun berdasarkan etos "Vibrant Power” dan "New Volkswagen" bagi gambaran visi serta sikap baru jenama itu.
Pada masa sama, ia lebih memfokuskan kepada aplikasi digital dan elemen manusia, bahasa visual baru sangat berbeza dengan yang dikemukakan oleh Volkswagen sebelumnya.
Erik berkata, berikutan adanya logo dan rekaan baharu Volkswagen, pihaknya menyasarkan semua pengedarnya di negara ini akan menggunakan rekaan terkini ini di tempat mereka pada tahun ini.
Sementara itu, laman web Volkswagen Malaysia dan semua saluran media sosial diperbaharui dengan reka bentuk jenama baru.
Laman web kini mempunyai navigasi dan boleh diakses untuk desktop dan mudah alih, dengan maklumat yang komprehensif mengenai rangkaian model, penjualan dan penawaran penjualan, tempahan pandu uji, maklumat rangkaian peniaga serta ruang berita.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Unitar