,
Antarabangsa

Volkswagen Caddy California - Van Camper Sempurna Bagi Keluarga Gemar Aktiviti Rekreasi

Erywan
07/09/2020
04:50 MYT
Segmen van camper di Eropah kini menjadi semakin menarik dengan kehadiran model terbaharu dari Volkswagen iaitu Caddy California.
Ia adalah pengganti kepada Caddy Beach dan setiap aspek sudah dibangunkan serta direka semula bagi menjadikannya kenderaan yang sempurna untuk keluarga kecil gemarkan aktiviti rekreasi.
Caddy California adalah model yang berasaskan Caddy generasi kelima dan oleh itu, ia turut menggunakan platform MQB yang memfokuskan kepada penggunaan ruang dan pelbagai teknologi terkini. Model yang dilancarkan ini mempunyai jarak roda berukuran 4,501mm. Versi jarak roda panjang iaitu 4,853mm akan menyusul pada tahun hadapan.
Antara kemudahan yang terdapat pada model ini adalah dapur yang boleh ditarik keluar daripada bahagian belakang. Ia dilengkapi dengan ruang untuk botol gas, rak dan penghadang angin. Tambahan pula, pintu ‘hatch’ yang dibuka ke atas secara tidak langsung menjadi atap yang boleh melindungi dapur terbabit daripada hujan.
Walaupun bersaiz kompak, Caddy California mampu menyediakan ruang tidur yang selesa untuk dua orang dengan tilam yang berukuran 1,980mm panjang dan 1,070mm lebar. Jika ini tidak mencukupi, Volkswagen turut menyediakan sistem khemah modular yang boleh disambungkan pada bahagian belakang van atau didirikan secara berasingan. Khemah ini menyediakan ruang tidur untuk dua lagi penumpang.
Selain itu, ia juga didatangkan dengan bumbung panoramik besar yang berukuran 1.4 meter persegi bagi membolehkan penumpang menikmati keindahan bintang di langit pada waktu malam.
Untuk pasaran Eropah, Caddy California boleh didapati dengan enjin turbodiesel dalam versi 75PS atau 122PS, dengan pilihan pacuan roda hadapan atau pacuan semua roda 4Motion untuk pemanduan yang lebih meyakinkan.
Kelengkapan lain yang turut disertakan termasuklah kokpit digital dengan sistem navigasi 10 inci, teknologi eSIM untuk akses kepada servis dalam talian, serta Travel Assist dan Trailer Assist.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Tular Paip Sisa Makanan Bocor Di Parking Mall, Pemilik Kereta Mewah Tahan Bau Masam & Kepam - "Pengurusan Offer Cuci Kereta Percuma Setahun Tapi ..."

gempak
26/06/2024
00:03 MYT
Pemilik kenderaan jenis Volkswagen Beetle putih yang tular video paip sisa makanan bocor di ruang parkir sebuah pusat beli-belah baru-baru ini, Eyera Azlan tampil menceritakan detik malang yang dialaminya.
drebar

Selepas 19 Tahun Parkir, Akhirnya Volkswagen Golf GTI Ulang Tahun Ke-25 Bakal Dijual

gempak
13/07/2021
07:52 MYT
Kenderaan itu baharu sahaja dipandu 12.8 kilometer (km) dan hanya satu pemilik sahaja.
drebar

Volkswagen Malaysia Tawar Penjimatan Prihatin Dan Kos Efektif Kepada Pemilik Kenderaan

gempak
08/07/2021
08:07 MYT
Inisiatif itu dalam usaha meringankan beban pemilik kereta sepanjang tempoh yang sukar ini.
drebar

Volkswagen Arteon R-Line 4MOTION Versi CKD Buka Tempahan, Harga Bermula RM245,000

gempak
17/06/2021
02:53 MYT
Hadir dengan beberapa penambahbaikan seperti kemas kini pada bahagian dalaman dan luaran, selain teknologi dan enjin baharu.
drebar

Volkswagen ID.4 GTX - SUV Elektrik Berprestasi Memiliki 295hp

gempak
04/05/2021
04:10 MYT
Kelajuan maksimumnya pula dihadkan pada 180km/j.