gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Ini Bukan Anak Haram…” - Fara Salleh Berang, Dakwa Shuk Sahar Abai Tanggungjawab Sebagai Bapa
HIBURAN
Dituduh Tak Ambil Tahu Isteri Bersalin, Shuk Sahar Tampil Pertahankan Diri - “Kalau Nak Tahu Aku Jenis Bapa Macam Mana…”
HIBURAN
Tak Mahu Mati Di Lokasi Penggambaran, Michael Douglas Henti Berlakon Sejak 2022
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

TEMPATAN

UMW Toyota Bimbang Bakal Hilang Pelanggan Luar Negara Jika PKP Berterusan

Erywan
Erywan
15/07/2021
02:53 MYT
Sponsor Banner
UMW Toyota Bimbang Bakal Hilang Pelanggan Luar Negara Jika PKP Berterusan
Dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berterusan sejak 1 Jun 2021, banyak operasi sektor perniagaan perlu ditutup.
Hal itu juga memberi kesan kepada sektor automotif, mengakibatkan jualan kenderaan baru seluruh industri merudum bagi Jun lalu.
Mengulas situasi berkenaan, Presiden UMW Toyota Motor (UMWT), Ravindran K berkata, penutupan berterusan semua bilik pameran Toyota dan Lexus di seluruh negara bermakna tiada perniagaan yang boleh dilakukan.
Menurutnya, dalam masa sama, pengeluaran kenderaan termasuk usaha rantaian bekalan serta logistik juga perlu dihentikan sementara.
Katanya, walaupun menerima langkah kerajaan itu adalah untuk kebaikan negara, namun ia hadir dengan cabaran tersendiri buat syarikat.
"Kami masih mempunyai himpunan tempahan yang menggalakkan untuk pelbagai model. Walaupun begitu, kami berharap agar larangan pergerakan dapat dilonggarkan untuk membolehkan kami beroperasi dalam kapasiti terhad dan selamat.
“Kami selalu mematuhi semua SOP yang ditetapkan, seperti yang telah ditunjukkan tahun lalu," katanya.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama berkata, walaupun kerajaan merangka Pelan Pemulihan Negara (PPN) ke dalam empat fasa, namum ketika ini masih lagi dalam Fasa 1 dengan larangan yang paling ketat.
Menurutnya, tambahan pula, perniagaan eksport turut akan terkesan memandangkan anak syarikatnya terbabit mengeksport dalam jumlah yang besar komponen automotif sebagai sebahagian daripada rantaian bekalan global Toyota.
“Jika situasi ini berlarutan, kami khuatir pelanggan di negara luar akan mencari pembekal lain, memandangkan mereka tidak boleh menangguhkan pengeluaran hanya kerana gangguan bekalan dari Malaysia.
“Ini akan memberi kesan langsung kepada ekonomi negara disebabkan keseluruhan perniagaan eksport menurun," katanya.
Sementara itu, syarikat yang pada awal bulan ini sudah mengumumkan pelaburan tambahan untuk memperluaskan lagi usaha ke arah neutraliti karbon melalui pengeluaran kenderaan elektrik hibrid, turut memberi isyarat bahawa dengan larangan yang berpanjangan terhadap kilangnya akan turut memberi kesan kepada rancangan berkenaan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement