gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Didakwa Layan Peminat Acuh Tak Acuh, Ini Respons Bella Astillah - “Pertama Kali Jumpa & Menilai Saya, Janganlah Begitu…”
HIBURAN
Sharifah Sakinah Jawab Dakwaan Melibatkan Minuman Keras - “Kalau Kita Nak Buat Jahat, Tak Perlu…”
HIBURAN
“Dia Bukan Jenis Kongsi Benda Yang Melukainya…” - Umie Aida Dedah Karakter Sebenar Fattah Amin
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Tak Mahu Mati Di Lokasi Penggambaran, Michael Douglas Henti Berlakon Sejak 2022

Maliah Surip
Maliah Surip
08/07/2025
20:55 MYT
Sponsor Banner
Tak Mahu Mati Di Lokasi Penggambaran, Michael Douglas Henti Berlakon Sejak 2022
Bintang veteran Hollywood, Michael Douglas mengaku tidak bercadang kembali berlakon selepas kali terakhir beraksi pada tahun 2022.
Pemenang Oscar sebanyak dua kali itu mengatakan dia perlu berhenti bekerja keras dan tidak mahu meninggal dunia di lokasi penggambaran.
“Saya sudah tidak berlakon sejak 2022 kerana sedar saya perlu berhenti. Saya telah bekerja keras selama hampir 60 tahun dan tidak mahu menjadi salah seorang yang mati di lokasi penggambaran.
“Saya gembira dengan keputusan saya untuk berehat,” kata Douglas seperti dilaporkan CNN.
Douglas, 80, bagaimanapun mengatakan tidak lagi aktif berlakon bukan bermakna dirinya sudah bersara. Namun dia senang untuk menyokong karier isterinya, Catherine Zeta-Jones.
“Saya memang tidak mempunyai niat untuk kembali berlakon buat masa ini. Tapi saya tidak juga mengatakan telah bersara. Mana tahu ada projek menarik datang kepada saya nanti dan saya akan kembali. Tapi sekarang saya gembira menyokong dan melihat isteri saya bekerja,” katanya lagi.
Aktor yang cukup terkenal menerusi filem seperti Wall Street dan Fatal Attraction itu malah diketahui masih mempunyai dua projek yang belum dipasarkan termasuk filem Looking Through Water.
Selain sukses sebagai pelakon, Douglas yang memulakan kariernya pada 1996 juga dikenali sebagai seorang penerbit.
Topic Berkaitan
#pelakon
#Berhenti Berlakon
#Michael Douglas
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement