,
Tempatan

Toyota Supra Fast & Furious Bakal Dijual, Harga Pasti Keras!

Erywan
25/05/2021
07:59 MYT
Sekiranya anda melihat jentera ini, pastinya ramai yang boleh meneka ia adalah Toyota Supra dipandu oleh Paul Walker dalam filem Fast & Furious pertama.
Kini, Supra keluaran 1994 berwarna jingga terang itu yang pernah digunakan dalam filem berkenaan disenaraikan untuk dijual di Barrett-Jackson. Jentera yang membintangi filem turut dilengkapi dengan dokumentasi lengkap merangkumi sijil keaslian. Bahagian luarnya dilengkapkan dengan cat mutiara Candy Orange dan menampilkan grafik "Nuklear Gladiator" ikonik di sisi. Ia juga dihiasi kit badan Bomex, bonet TRD, spoiler aluminium APR dan roda Dazz Motorsport Racing Hart M5 19 inci.
Bahagian dalamannya juga masih lagi cantik dan semuanya kelihatan dalam keadaan baik, selain itu beberapa meter tambahan turut kelihatan pada papan pemukanya.
Cuma jika memiliki jentera ini, prestasinya mungkin agak mengecewakan kerana ia masih lagi dalam keadaan standard. Bagaimanapun, tidak bermakna bahawa enjin standard itu teruk kerana ia menggunakan rangkaian kuasa turbocharged 2JZ-GTE 3.0 liter sebaris-enam dengan dipadankan transmisi automatik.
Lelong berlangsung pada hujung minggu antara 17 sehingga 19 Jun ini. Belum ada harga anggaran mengenai kereta ini. Cuma apa yang boleh dikatakan ia tidak akan murah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Pernah Tular Bagi Makan Anjing, Kini Pemuda Ini Berjaya Hadiakan Ibu Sebuah Kereta Jenama Toyota

gempak
27/03/2023
01:41 MYT
Hadiakan Ibu Sebuah Kereta Jenama Toyota
Laman Utama

Kereta Terbabas Masa Race, Nabila Razali Alami Hyperventilation

gempak
23/03/2022
03:55 MYT
Hati-hati okey Bella...
Laman Utama

“Avanza 2022, Bukan Lagi Kereta Ustazah”- Ramai Tak Sabar Toyota Baru Masuk Malaysia?

gempak
17/03/2022
13:37 MYT
Amboi mengancam jugak Avanza baru tu!
drebar

Lebih 2 Juta Penonton Dalam Talian Menyaksikan Pusingan 2 Cabaran Vios di Litar Antarabangsa Sepang

gempak
25/10/2021
06:01 MYT
Perlumbaan kali ini diadakan dalam kedua-dua keadaan basah dan kering sekali gus menjadi persaingan sengit.
drebar

Toyota Land Cruiser 1980 Milik Tom Hanks Untuk Dijual, Harganya Tidak Murah!

gempak
02/08/2021
08:04 MYT
Jentera itu sebenarnya memiliki spesifikasi yang cukup menarik selepas melakukan beberapa ubah suai.