gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Soal Rezeki Atau Tidak Itu Di Tangan Allah” - Ahmad Idham Anggap Filem Impak Maksima 2 Peluang Untuk Kembali
BERITA
Penceramah Bebas Rakam Aksi Seks Bersama 4 Isteri Ditahan
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Tak Nak Tumpang Populariti Mak Cik! Darling Mahu Buktikan Kemampuan Sendiri - “Nama Sheila Abdull Itu…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

TEMPATAN

Toyota Supra 1995 Harga 2 Kali Ganda Lebih Mahal Daripada Generasi Baharu

Erywan
Erywan
09/03/2021
03:11 MYT
Sponsor Banner
Toyota Supra 1995 Harga 2 Kali Ganda Lebih Mahal Daripada Generasi Baharu
Dua tahun lalu, Toyota melabuhkan tirai dan memperkenalkan model Supra baharu iaitu GR Supra serta pengenalannya mencetuskan reaksi berbeza daripada peminat.
Ada yang berasa ‘gembira’ kerana kereta itu dibangunkan dengan kerjasama pihak BMW dan memenuhi semua syarat untuk bergelar sebuah kereta sport moden.
Harganya semasa dilancarkan bermula dari AS$42,900 (RM174,774). Kini, ada pengedar di Amerika Syarikat menawarkan Supra generasi lama berusia 26 tahun dengan harga dua kali ganda lebih tinggi.
Jika mengikut pakar di Hagerty,Toyota Supra tahun 1995 dalam keadaan yang amat baik dan setanding harga model 2021 iaitu AS$42,600 (RM173,550).
Keadaan baik itu termasuk semua komponen masih asli, warna badan sama kecuali sudah ditukar sistem audio kepada jenis Pioneer Bluetooth. Pembeli akan terima sistem stereo sama bersama kereta terbabit.
Ruang dalaman masih berwarna hitam dan tidak dicat setakat ini selain berada dalam keadaan bersih. Material digunakan masih kulit termasuk pada stereng dan tombol gear dengan tempat duduk jenis bucket.
Enjin digunakan masih 3.0 liter enam silinder sebaris dengan padanan turbo berkembar yang dipadankan dengan sistem transmisi empat kelajuan automatik. Jika mengikut data asal, rangkaian kuasa ini boleh menghasilkan 276hp.
Setakat ini, Supra generasi lama ini sudah dipandu sejauh 25,000 kilometer dan pernah dimiliki tiga individu berbeza. Bagi mereka yang mahu beli, anda boleh berkunjung ke laman web Motorcar Classics dan menyediakan wang sebanyak AS$84,900 (RM345,880) untuknya.
Sumber: Motorcarclassics
Topic Berkaitan
#Toyota
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement