,
Tempatan

Toyota GR Supra Versi Elektrik, Cuma Ia Diperbuat 480,000 Blok Lego

Erywan
16/08/2021
05:27 MYT
Sebelum ini, Toyota menawarkan satu varian yang cukup istimewa menerusi GR Supra 35th Anniversary Edition sempena menyambut ulang tahun ke-35 Toyota Supra.
Untuk memilikinya, ia bukan satu yang mudah kerana Ipembeli akan dipilih menerusi cabutan pada 7 September depan. Namun, walaupun anda mempunyai duit yang banyak, tidak semestinya boleh memilikinya.
Selain edisi istimewa itu, Toyota dan Lego menghasilkan Toyota GR Supra warna kuning yang dibina menggunakan 480,000 blok Lego dengan skala 1:1, lengkap dengan roda, stereng dan kelihatan seperti kenderaan sebenar.
Malah, ketinggian jentera itu hampir sama dengan model sebenar dan ciri yang paling menonjol adalah pencahayaan lampu LED berbentuk L pada bahagian hadapan.
Perincian dalaman pula bukan sahaja diperbuat daripada blok Lego, tetapi turut menggunakan stereng dan kerusi sebenar kenderaan berkenaan.
Jika model sebenar GR Supra menggunakan enjin, jentera yang diperbuat daripada Lego itu turut mempunyai rangkaian kuasa sendiri. Ia menggunakan motor elektrik yang dikuasai oleh bateri. Sayangnya, tiada perincian lanjut spesifikasi motor elektrik yang digunakan itu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
drebar

Toyota GR Supra 35th Anniversary Edition, Ada Duit Belum Tentu Boleh Memilikinya, Pembeli Dipilih Menerusi Cabutan

gempak
11/08/2021
07:53 MYT
Model itu hanya ditawarkan 35 unit untuk setiap varian iaitu RZ dan SZ-R.
drebar

Adakah Benar Hanya Ada 20 Unit Toyota Supra GRMN (2023)

gempak
17/07/2020
04:15 MYT
Difahamkan jana kuasa itu akan diumumkan sekitar tahun ini yang menghasilkan kuasa 520PS
drebar

Toyota Supra Versi Output Yang Lebih Berkuasa Lancar Di Malaysia, Harga Bermula RM589,987

gempak
16/07/2020
00:46 MYT
Enjinnya menyalurkan 388PS dengan peningkatan kuasa sebanyak 14 peratus.
drebar

TOM’s Racing Tubuh Tabung Derma Untuk Restorasi Toyota Supra Super GT Jepun

gempak
14/07/2020
04:44 MYT
Kempen ‘crowdfunding’ itu disasarkan sebanyak 50 juta yen (RM1.9 juta).
drebar

Toyota Supra generasi baharu masuk Malaysia September ini

gempak
24/07/2019
12:38 MYT
Jentera berprestasi itu hadir dengan enjin 3. 0 liter turbo enam-silinder sebaris yang menjana output setinggi 335hp.