,
Tempatan

Toyota GR Supra 35th Anniversary Edition, Ada Duit Belum Tentu Boleh Memilikinya, Pembeli Dipilih Menerusi Cabutan

Erywan
11/08/2021
07:53 MYT
Bagi menyambut ulang tahun ke-35 Toyota Supra, satu varian yang cukup istimewa bagi model berkenaan iaitu GR Supra 35th Anniversary Edition.
Mungkin ramai yang mahu memilikinya. Namun, walaupun anda mempunyai duit yang banyak, tidak semestinya boleh memilikinya.
Ini kerana pembeli akan dipilih menerusi cabutan pada 7 September depan dan model itu hanya ditawarkan 35 unit untuk setiap varian iaitu RZ dan SZ-R.
Permohonan untuk menyertai cabutan itu sebenarnya kini sudah dibuka sebelum tarikh tutupnya pada hujung Ogos ini.
Berdasarkan spesifikasinya pula, GR Supra 35th Anniversary Edition versi RZ menggunakan warna Matte Storm Grey, selain tempat duduk dibalut kulit merah dan diberikan pengecas telefon tanpa wayar.
Berhubung prestasinya pula, tiada perubahan dilakukan dan masih dijana enjin enam silinder 3.0 liter turbo yang menyalurkan 382hp dan tork setinggi 500Nm.
Bagi GR Supra 35th Anniversary Edition versi SZ-R dilengkapi angkup brek warna merah, cermin sisi hitam, balutan Alcantara dan kulit di dalam serta pedal sport.
Enjin masih lagi menggunakan 2.0 liter turbo yang menghasilkan 255hp dengan tork setinggi 400Nm.
Selain itu, kedua-duanya mempunyai kemasan gentian karbon dan mempunyai lencana 35th Anniversary pada papan pemuka, selain ditawarkan rim 19 inci hitam matte.
Dari segi harganya pula, GR Supra 35th Anniversary Edition versi SZ-R dijual pada ¥6,535 juta (RM250,207), manakala ¥7,835 juta (RM299,981) untuk GR Supra 35th Anniversary Edition versi RZ.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
drebar

Toyota GR Supra Versi Elektrik, Cuma Ia Diperbuat 480,000 Blok Lego

gempak
16/08/2021
05:27 MYT
Toyota dan Lego menghasilkan Toyota GR Supra berskala 1:1.
drebar

Adakah Benar Hanya Ada 20 Unit Toyota Supra GRMN (2023)

gempak
17/07/2020
04:15 MYT
Difahamkan jana kuasa itu akan diumumkan sekitar tahun ini yang menghasilkan kuasa 520PS
drebar

Toyota Supra Versi Output Yang Lebih Berkuasa Lancar Di Malaysia, Harga Bermula RM589,987

gempak
16/07/2020
00:46 MYT
Enjinnya menyalurkan 388PS dengan peningkatan kuasa sebanyak 14 peratus.
drebar

TOM’s Racing Tubuh Tabung Derma Untuk Restorasi Toyota Supra Super GT Jepun

gempak
14/07/2020
04:44 MYT
Kempen ‘crowdfunding’ itu disasarkan sebanyak 50 juta yen (RM1.9 juta).
drebar

Toyota Supra generasi baharu masuk Malaysia September ini

gempak
24/07/2019
12:38 MYT
Jentera berprestasi itu hadir dengan enjin 3. 0 liter turbo enam-silinder sebaris yang menjana output setinggi 335hp.