,
Antarabangsa

Toyota Gazoo Racing Guna Enjin V8 Untuk Barisan Hilux (2021) Dakar Rally

Erywan
19/11/2020
04:56 MYT
Toyota Gazoo Racing mengumumkan barisan model bagi Rali Dakar (2021) yang dijadualkan bermula 3 Januari di Arab Saudi. Pasukan Toyota akan terdiri daripada empat krew yang mana setiap mereka akan memandu versi asli Toyota Hilux 2018.
Kereta lumba Hilux itu dilengkapi dengan enjin 5.0L aspirasi natural V8 pacuan semua roda. Untuk 2021, trak lumba itu menampilkan rekaan luaran model pengeluaran Hilux (2020) dengan penghalusan lanjutan pada suspensi dan enjin agar lebih kompetitif dan kukuh.
Pasukan Toyota Gazoo Racing akan dipelopori sekali lagi pemenang 2019 Nasser Al-Attiyah dan Mathieu Baumel yang menduduki tempat kedua pada edisi Rali Dakar (2020). Giniel de Villiers dan Alex Haro berharap dapat membina kemenangan 2019 mereka di Rally of Morocco, yang mana Villiers menang sebanyak tiga kali.
Sementara, warga Afrika Selatan Henk Lategan dan Brett Cummings bergabung dengan pasukan itu pada tahun 2021. Walaupun ini adalah Rali Dakar pertama Lategan, dia sebelum ini memenangi gelaran Siri Merentas Desa Afrika Selatan untuk kali kedua berturut-turut. Sementara Cummings berlumba di Rali Dakar dua kali sebelum ini dalam kategori motosikal.
Shameer Variawa dan Dennis Murphy melengkapkan pasukan empat kereta dengan Variawa menang kejohanan lokal di Amerika Selatan. Rali Dakar edisi 2021 akan berlangsung hanya di Arab Saudi, dengan kru berangkat dari Jeddah pada 3 Januari. Laluan kali ini sama dengan perlumbaan tahun lalu, tetapi pihak penganjur menjanjikan bahagian baru untuk pertandingan yang lebih kompetitif.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Pernah Tular Bagi Makan Anjing, Kini Pemuda Ini Berjaya Hadiakan Ibu Sebuah Kereta Jenama Toyota

gempak
27/03/2023
01:41 MYT
Hadiakan Ibu Sebuah Kereta Jenama Toyota
Laman Utama

Kereta Terbabas Masa Race, Nabila Razali Alami Hyperventilation

gempak
23/03/2022
03:55 MYT
Hati-hati okey Bella...
Laman Utama

“Avanza 2022, Bukan Lagi Kereta Ustazah”- Ramai Tak Sabar Toyota Baru Masuk Malaysia?

gempak
17/03/2022
13:37 MYT
Amboi mengancam jugak Avanza baru tu!
drebar

Lebih 2 Juta Penonton Dalam Talian Menyaksikan Pusingan 2 Cabaran Vios di Litar Antarabangsa Sepang

gempak
25/10/2021
06:01 MYT
Perlumbaan kali ini diadakan dalam kedua-dua keadaan basah dan kering sekali gus menjadi persaingan sengit.
drebar

Toyota Land Cruiser 1980 Milik Tom Hanks Untuk Dijual, Harganya Tidak Murah!

gempak
02/08/2021
08:04 MYT
Jentera itu sebenarnya memiliki spesifikasi yang cukup menarik selepas melakukan beberapa ubah suai.