,
Antarabangsa

Toyota Australia Dedah Jentera Rali Mereka Iaitu GR Yaris AP4

Erywan
02/12/2020
07:07 MYT
Toyota Australia baru-baru ini mendedahkan jentera rali Toyota GR Yaris AP4 yang akan digunakan oleh pasukan Toyota GAZOO Racing Australia (TGRA) dalam Kejohanan Rali Australia (ARC) musim 2021.
Jentera hatchback ini dibangunkan dengan kerjasama Neal Bates Motorsport (NBM) yang diasaskan oleh juara rali Australia empat kali, Neal Bates. Beliau juga akan menyandang jawatan sebagai pengurus pasukan TGRA untuk musim akan datang.
Menggunakan GR Yaris serba baharu sebagai asas, badan GR Yaris AP4 direka dan dihasilkan oleh PP&D di Melbourne. Antara modifikasi yang dilakukan termasuklah gerbang roda yang lebih lebar, lubang udara pada hud dan juga spoiler bumbung pada bahagian belakang. Selain itu, kereta hatchback ini memang sedia dilengkapi dengan bumbung gentian karbon dan pintu yang diperbuat daripada aluminium.
Menurut Toyota, mereka mula bekerjsama dengan NBM untuk membangunkan GR Yaris AP4 pada Mac tahun ini. Pada awalnya, konsep penggayaan badan kereta rali ini dihasilkan dengan menggunakan teknologi realiti maya. Seterusnya, lakaran awal dibuat bagi komponen-komponen seperti dapra hadapan, bampar, panel belakang dan cermin sisi. Lakaran-lakaran ini kemudiannya diperhalusi secara digital.
Selepas lakaran digital terbabit diluluskan, Toyota dan NBM menggunakan data yang diperoleh untuk membuat acuan yang akan digunakan untuk membentuk komponen-komponen tersebut daripada gentian kaca.
Perincian teknikal GR Yaris AP4 tidak didedahkan namun ia dijangka menggunakan enjin dan pacuan yang sama dengan versi standard. Ini bermakna ia mempunyai enjin turbo 1.6-liter tiga silinder dengan kuasa berjumlah 272hp dan 370Nm. Kuasa itu disalurkan ke tanah menerusi sistem pacuan semua roda GR-Four.
NBM akan menghasilkan dua buah GR Yaris AP4 untuk saingan musim 2021. Jentera-jentera ini akan dikendalikan oleh adik-beradik Bates iaitu Harry dan Lewis, masing-masing menamatkan saingan ARC musim 2019 di tempat pertama dan kedua.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Pernah Tular Bagi Makan Anjing, Kini Pemuda Ini Berjaya Hadiakan Ibu Sebuah Kereta Jenama Toyota

gempak
27/03/2023
01:41 MYT
Hadiakan Ibu Sebuah Kereta Jenama Toyota
Laman Utama

Kereta Terbabas Masa Race, Nabila Razali Alami Hyperventilation

gempak
23/03/2022
03:55 MYT
Hati-hati okey Bella...
Laman Utama

“Avanza 2022, Bukan Lagi Kereta Ustazah”- Ramai Tak Sabar Toyota Baru Masuk Malaysia?

gempak
17/03/2022
13:37 MYT
Amboi mengancam jugak Avanza baru tu!
drebar

Lebih 2 Juta Penonton Dalam Talian Menyaksikan Pusingan 2 Cabaran Vios di Litar Antarabangsa Sepang

gempak
25/10/2021
06:01 MYT
Perlumbaan kali ini diadakan dalam kedua-dua keadaan basah dan kering sekali gus menjadi persaingan sengit.
drebar

Toyota Land Cruiser 1980 Milik Tom Hanks Untuk Dijual, Harganya Tidak Murah!

gempak
02/08/2021
08:04 MYT
Jentera itu sebenarnya memiliki spesifikasi yang cukup menarik selepas melakukan beberapa ubah suai.