,
Tempatan

Tips bersih kereta dengan mudah dan menjimatkan!

Erywan
08/10/2021
04:31 MYT
Penjagaan kereta bukan sahaja mengambil masa yang lama, malah menelan belanja yang tinggi terutamanya jika anda membeli produk-produk pencuci dari jenama terkemuka.
Anda boleh menjimatkan masa dengan menghantar kereta anda ke kedai mencuci kereta (auto detailing) yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan, namun bersedialah untuk membayar harga yang tinggi.
Jadi di sini kami sediakan beberapa tips penjagaan yang mudah untuk diikuti dan tidak memerlukan belanja yang besar. Apa yang menarik, tips-tips ini boleh dilakukan sendiri (DIY) dengan barang-barang yang ada di rumah anda.1. Menjaga upholsteri kulit - Anda boleh menyapu minyak zaitun pada permukaan kulit bagi menjadikan ia kekal berkilat dan mengelakkannya daripada merekah.
2. Mengilatkan lampu kereta – Adalah perkara biasa untuk lampu kereta menjadi pudar selepas beberapa tahun pemilikan. Untuk hilangkannya, sapu ubat gigi pada permukaan lampu untuk beberapa minit dan cuci dengan air setelah selesai.
3. Menghilangkan kesan calar – Selain menjadikan lampu lebih berkilat, ubat gigi juga boleh digunakan untuk menghilangkan kesan-kesan calar halus pada bahagian luaran kereta. Gunakan cara yang sama seperti di atas.
4. Membuang pelekat – Pelekat boleh dicabut dengan mudah namun selalunya kesan gam akan kekal pada permukaan. Apa yang anda boleh buat adalah membasahkan permukaan itu dengan cuka untuk beberapa minit sebelum mengikisnya.
5. Menghilangkan karat – Seperti yang anda mungkin tahu, Coca Cola boleh digunakan untuk menghilangkan pelbagai jenis kotoran dan karat tidak terkecuali. Lakukannya sebelum ia merebak ke bahagian-bahagian lain.
6. Hilangkan habuk di sudut-sudut sukar – ‘Slime’ adalah bahan seperti gel yang digunakan untuk memerangkap habuk pada papan kekunci komputer. Sifatnya yang melekit menjadikan ia berguna untuk membersihkan celah-celah yang sukar dicapai di dalam kereta. Anda boleh menghasilkan ‘slime’ sendiri dengan mencampurkan sodium tetraborate (Borax) dengan air suam dan gam.
7. Membersihkan bulu haiwan peliharaan – Mereka yang biasa membawa haiwan peliharaan di dalam kereta pastinya berdepan dengan masalah bulu yang melekat pada tempat duduk. Ini boleh diatasi dengan membasahkan permukaan dengan air dan seterusnya menyapu semua bulu tersebut dengan bilah pembersih cermin.
8. Menjadikan upholsteri fabrik lebih berseri – Upholsteri fabrik lebih cepat memerangkap kotoran jika dibandingkan dengan kulit. Untuk membersihkannya, gunakan campuran amonia dan air dan berus pada permukaan sehingga kotoran itu hilang.
9. Mengilatkan tayar – Gunakan campuran serbuk penaik (baking soda) dan sabun pencuci pinggan pada permukaan tayar dan bersihkan dengan air. Tayar anda akan berkilat seola-olah anda baru keluar dari kedai cuci kereta.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Elak Pengambilan Gula Berlebihan Antara Tips Rosyam Nor Kekal Sihat - “Apabila Metabolisme Badan Mula Berkurang, Saya Terpaksa…”

gempak
09/10/2024
12:55 MYT
Masih dilihat cergas dan sihat pada usia 57 tahun, pelakon Datuk Rosyam Nor berkongsi tips penjagaan kesihatan.
Berita

Kelab Malam Tawar Kalung GRO Cecah RM100,000 Diserbu!

gempak
29/09/2024
14:50 MYT
Sebuah kelab malam mewah menawarkan kalung tip mencecah RM100,000 kepada gadis pelayan pelanggan (GRO) menerusi penemuan Ops Gegar di sebuah pusat beli-belah di Jalan Loke Yew, semalam.
Hiburan

“Saya Tak Ajar Mereka Jadi Toksik…” - Khairul Aming Kongsi Rahsia Team Cemerlang, Syukur Tiada Yang Mahu Berhenti

gempak
24/09/2024
01:57 MYT
Personaliti media sosial, Khairul Aming berkongsi rahsia kecemerlangan pasukan pekerjanya.
Hiburan

“Saya Percaya Kebolehan Anak Saya” - Rita Rudaini Tiada Tips Besarkan Anaknya Sendirian

gempak
27/08/2024
05:55 MYT
Biarpun membesarkan kedua-dua anak lelaki sendirian, pelakon jelita Rita Rudaini akui tiada sebarang tips untuk dikongsikan kepada khalayak.
Berita

Mpox Kecemasan Kesihatan Global, Ini 6 Langkah Segera KKM

gempak
18/08/2024
11:55 MYT
Kementerian Kesihatan (KKM) akan meningkatkan pemantauan di semua pintu masuk antarabangsa susulan pengisytiharan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa mpox sebagai Kecemasan Kesihatan Awam yang Menjadi Kepentingan Antarabangsa untuk kali kedua pada 14 Ogos lalu.
Unitar