HIBURAN
Selebriti Cantik Didakwa Jadi Isteri Keempat VVIP, Reda Bermadu?
Selebriti popular berusia 31 tahun yang sering menjadi perhatian kerana kecantikan dan kejayaannya kini didakwa sudah bergelar isteri keempat kepada seorang lelaki berstatus bangsawan.
Memetik laporan Kosmo!, wanita tersebut difahamkan telah lama menjalin hubungan cinta dengan lelaki berkenaan sebelum akhirnya mengambil keputusan untuk menghalalkan ikatan.
Bagaimanapun, tarikh pernikahan mereka tidak dimaklumkan, namun sumber mendakwa pasangan itu sudah lama bersama secara serius.
Menurut laporan itu lagi, selebriti berkenaan dikatakan reda dengan kehidupan bermadu dan berlapang dada menerima lamaran lelaki yang mampu menguruskan empat orang isteri.
Kosmo! turut melaporkan bahawa sebelum ini tidak pernah kedengaran gosip selebriti tersebut mempunyai kekasih, sekali gus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat. Kini, khabar angin itu seolah-olah memberi jawapan.
Sumber: Kosmo!
Must-Watch Video